• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, July 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Langkah Pengambilalihan Terkini Oleh Sime Darby Satu Strategi Pembelbagaian Yang Baik – CGSCIMB

in Market Update
A A
Langkah Pengambilalihan Terkini Oleh Sime Darby Satu Strategi Pembelbagaian Yang Baik – CGSCIMB
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) — CGSCIMB Securities melihat langkah terbaru anak syarikat milik penuh Sime Darby Bhd, Sime Darby Industrial Australia Pty Ltd (SDIA) yang mengambil alih Salmon Earthmoving Holdings Pty Ltd (Salmon Australia) sebagai satu strategi pempelbagaian yang baik bagi syarikat untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia perkhidmatan peralatan industri bersepadu utama di Australia.

“Lebih-lebih lagi apabila Salmon Australia turut menawarkan margin keuntungan sebelum faedah dan cukai (PBIT) dua digit, lebih tinggi daripada margin PBIT bahagian industri campuran iaitu 5.0-6.0 peratus,” katanya dalam catatan penyelidikan hari ini.

Dilaporkan Sime Darby mengambil alih 100 peratus kepentingan dalam Salmon Australia dengan nilai A$104 juta atau kira-kira RM327 juta melalui dana dalaman dan pinjaman.

“Walaupun Salmon Australia boleh melonjakkan unjuran pendapatan sesaham Sime Darby untuk tahun kewangan 2022 dan 2023 sebanyak 2.0-3.0 peratus, kami ‘’simpan’’ dahulu unjuran kami kerana kami menjangkakan sumbangan yang lemah daripada bahagian permotoran Sime di Malaysia berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD)  di Selangor dan PKP penuh di kebanyakan negeri.

“Kami melihat margin yang lebih baik daripada jangkaan untuk bahagian permotoran dan harga arang batu yang tinggi sebagai pemangkin berpotensi. Penyusutan harga arang batu kok dan gangguan bekalan komponen auto di China pula adalah risiko penurunan utama,” katanya.

Sementara itu, Public Investment Bank turut positif dengan langkah pengambilalihan oleh Sime Darby kerana ia melengkapkan operasi sedia adanya di Australia dan menawarkan kepelbagaian kepada jenama pengeluar peralatan asal (OEM) lain termasuk peralatan Hitachi, Komatsu, Mack dan Isuzu.

— BERNAMA

Share330ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In