• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini seiring dengan prestasi lemah semalaman di Wall Street.

Pada jam 9.08 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 2.73 mata kepada 1,528.9 daripada 1,531.63 pada penutupan petang Selasa.

Indeks utama dibuka 0.67 mata lebih rendah pada 1,530.96.   

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung 209 berbalas 142 manakala 272 kaunter tidak berubah, 1,556 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 293.19 juta unit bernilai RM138.59 bilion.

Menurut Malacca Securities, dagangan di bursa tempatan akan lebih berwaspada memandangkan jumlah harian COVID-19 telah meningkat dengan ketara melepasi angka 7,000 pada Selasa, walaupun kadar pemberian vaksin terus menunjukkan peningkatan.

Firma broker itu menambah pelabur juga mengambil sikap berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah oleh Bank Negara esok.

Sementara itu, harga minyak turun selepas Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC +) gagal menyetujui dasar pengeluaran mereka, katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Malacca Securities berpendapat bahawa lonjakan kes harian COVID-19 dapat mengalihkan tumpuan pelabur ke sektor sarung tangan dalam jangka pendek.

“Bagaimanapun, rancangan untuk mengadakan lebih 30 pusat vaksinasi berskala besar pada 19 Julai dapat mempercepat kadar vaksinasi, dan ini menguntungkan sektor tema pemulihan seperti saham pengguna penting.

“Sementara itu, saham teknologi masih berpeluang untuk meningkat lebih tinggi di tengah pergerakan positif Nasdaq,” tambahnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, TNB naik satu sen kepada RM9.72, IHH Healthcare meningkat empat sen kepada RM5.60 dan Hong Leong Bank menambah lapan sen kepada RM18.80.

Sementara itu, Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah pada RM8.10 dan RM8.09, Public Bank susut dua sen kepada RM4.08 dan Press Metal jatuh lapan sen kepada RM5.01.

Bagi saham aktif, AE Multi menokok satu sen kepada 5.5 sen, Kumpulan Jetson meningkat 3.5 sen kepada 50.5 sen, Serba Dinamik dan Metronic tidak berubah, masing-masing pada 51 sen dan 5.5 sen, sementara Privasia turun setengah sen kepada 25.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 19.99 mata pada 11,150.22, Indeks FBMT 100 menyusut 18.76 mata kepada 10,850.79, dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 24.28 mata kepada 12,184.85.

FBM ACE turun 17.05 mata kepada 7,402.2 dan FBM 70 mengecil 22.35 mata kepada 14,455.25.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 3.66 mata kepada 15,062.0, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.54 mata kepada 189.77 dan Indeks Perladangan 11.03 mata lebih rendah pada 6,377.33.

– BERNAMA

Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In