• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, July 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Tengah Hari Lebih Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan trend menurunnya untuk mengakhiri sesi dagangan awal hari ini lebih rendah di tengah-tengah momentum jualan yang berterusan.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.11 mata kepada 1,525.52 daripada 1,531.63 pada penutupan hari sebelumnya.

Indeks utama dibuka 0.67 mata lebih rendah pada 1,530.96 dan bergerak antara 1,523.42 dan 1,531.03 sepanjang sesi urus niaga pagi hingga tengah hari.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 584 berbalas 256 sementara 406 kaunter tidak berubah, 933 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 2.62 bilion unit bernilai RM1.33 bilion.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Petronas Chemicals naik satu sen kepada RM8.10, IHH Healthcare meningkat lima sen kepada RM5.61 dan Hong Leong Bank menambah empat sen kepada RM18.76.

Sementara itu, CIMB tidak berubah pada RM4.59, Maybank turun tiga sen kepada RM8.07, Public Bank lemah dua sen kepada RM4.08 dan TNB susut satu sen kepada RM9.70.

Bagi saham aktif, Pasukhas menambah satu sen menjadi 35 sen dan M3 Technologies dan Managepay masing-masing naik setengah sen kepada lapan sen dan 25.5 sen, sementara Dagang Nexchange tidak berubah pada 72.5 sen dan Serba Dinamik lebih rendah 1.5 sen kepada 49.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 39.34 mata kepada 11,130.87, Indeks FBMT 100 susut 36.28 mata kepada 10,833.27, Indeks FBM Emas Syariah turun 42.64 mata kepada 12,166.49, FBM ACE lebih rendah 18.62 mata kepada 7,400.63, dan FBM 70 berkurangan 20.43 mata pada 14,457.17.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 22.61 mata kepada 15,043.05, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 0.96 mata kepada 189.35, sementara Indeks Perladangan lebih rendah 46.24 mata kepada 6,342.12.

— BERNAMA

Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In