• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kupasan 3 Daripada 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Jun 2021

in Market Update
A A
Kupasan 3 Daripada 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Jun 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pejam celik kita dah mengharungi separuh tahun 2021. Sepanjang separuh pertama tahun 2021 ini anda telah membuat keuntungan atau kerugian?

Sumber:

FBM KLCI merosot sepanjang bulan Jun 2021. Pada 1 Jun 2021, FBM KLCI berada pada paras 1,585.90. 

Pada penghujung bulan Jun 2021, FBM KLCI telah berada pada paras 1,532.63. Sepanjang bulan lepas, indeks telah merosot sebanyak 53.27 mata.

Jika dilihat pada carta, indeks FBM KLCI telah mematahkan paras sokongan di kawasan 1,540 mata dan kini dilihat sedang cuba membuat paras sokongan yang baru. 

Indeks FBM KLCI sedang berada pada paras terendah sejak awal tahun 2021. 

Perkara yang paling merisaukan pelabur sudah tentulah sekiranya FBM KLCI terus menjunam melepasi paras psikologi 1,500 mata.

Gambar rajah di bawah merupakan senarai 10 saham patuh syariah Bursa Malaysia yang mencatatkan kerugian terbesar sepanjang bulan Jun 2021.

Sumber: Majalah Labur

Daripada 10 saham tersebut, kami akan kongsikan ulasan 3 saham daripada sektor yang berbeza. 

  1. Euro Holdings Berhad (Sektor Perkhidmatan & Produk Pengguna)
  2. Serba Dinamik Holdings (Sektor Tenaga)
  3. Privasia Technology Berhad (Sektor Telekomunikasi & Media)

1. Euro Holdings Berhad (7208)

Euro Holdings Berhad bermula pada tahun 1976 dengan hanya 3 orang pekerja. 

Euro mempunyai 3 segmen utama iaitu perabot pejabat, perabot penyimpanan besi, dan pembangunan hartanah. 

Pada awalnya, Euro bermula sebagai syarikat pembuatan kerusi pejabat. Kumpulan Euro mempunyai tiga kilang pembuatan yang semuanya terletak di Rawang,Selangor. Pada tahun 2011, Euro mengembangkan perniagaannya kepada pembangunan hartanah di Malaysia.

Sumber: Euro

Ulasan Mengenai Saham Euro

  1. Euro menunjukkan syarikat sudah mula membuat turnaround dengan akhirnya mencatatkan keuntungan dalam tiga suku terakhir.

Sumber: malaysiastock.biz

  1. Saham ini pernah mencatatkan kenaikan harga saham sehingga mencecah RM5.60. Namun setelah itu, penjual mula masuk ke dalam pasaran dan mengambil keuntungan.
  2. Baru-baru ini Euro mengalami kejatuhan hampir 30% disebabkan syarikat tersebut tidak meneruskan pemberian bonus issue yang diumumkan sebelum ini.
  3. Para pelabur sudah tentu tidak suka mendengar berita seperti ini apabila syarikat telahpun berjanji untuk memberikan 4 saham bonus bagi setiap 1 unit saham yang dimiliki.
  4. Pihak syarikat pula berkata mereka membatalkan bonus issue tersebut kerana volatility yang berlaku dalam harga saham.

2. Serba Dinamik Holdings (5279)

Serba Dinamik ditubuhkan pada tahun 1993 dan mempunyai anak syarikat yang mengendalikan sektor tenaga minyak dan gas di peringkat antarabangsa. Syarikat ini terlibat dalam industri petrokimia, penjanaan tenaga dan utiliti. 

Juruaudit luar iaitu KPMG telah membangkitkan empat isu yang ditemui semasa membuat audit kewangan syarikat untuk tahun penuh 2020. 

Isu tersebut telah menyebabkan Serba Dinamik telah mengalami kejatuhan sebanyak 58.49% dalam masa hanya sebulan. 

Ulasan Mengenai Saham Serbadk

  1. Serba Dinamik sentiasa merekodkan prestasi kewangan yang memberangsangkan setiap suku tahunan.

Sumber: malaysiastock.biz

  1. Isu Serba dengan KPMG tidak mempengaruhi prestasi kewangan syarikat dengan Serba masih mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM113.3 juta bagi suku pertama 2021.
  2. Kontroversi ini juga secara tidak langsung menyebabkan dua syarikat yang turut dimiliki oleh Dato Karim mengalami kejatuhan harga saham yang teruk. Saham tersebut tidak lain tidak bukan adalah SCIB dan KPOWER.
  3. Pelabur institusi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga tidak ketinggalan menjual saham ini setelah harga saham KWSP jatuh mendadak.

Sumber: malaysiastock.biz

  1. Dari sudut teknikal, Serba Dinamik masih lagi berada dalam fasa downtrend.
  2. Serba Dinamik berkata bekas juruauditnya KPMG PLT tidak dapat mengesahkan kontrak dan urus niaga bernilai RM3.5 bilion dengan 11 pelanggan syarikat tersebut.
  3. Pandangan penulis adalah selagi Serba Dinamik tidak berjaya membuktikan yang mereka di pihak yang benar, maka selagi itu harga saham Serba akan sukar untuk kembali ke harganya sebelum ini.

3. Privasia Technology Berhad (0123)

Privasia Technology Berhad ditubuhkan pada Julai 2008 dengan nama Informinat Sdn Bhd. Pada September 2008, Informinat Sdn Bhd menukarkan namanya kepada nama yang sedang digunakan sekarang. Setahun kemudian, Privasia disenaraikan di Papan Ace Bursa Malaysia. 

Kini Privasia merupakan peneraju dalam bidang teknologi maklumat. Berikut merupakan anak syarikat kumpulan dan segmen perniagaan yang dijalankan syarikat ini. 

Sumber: Privasia

Ulasan Mengenai Saham Priva

  1. Priva kembali mencatat keuntungan pada suku pertama 2021 setelah mengalami kerugian selama 8 suku berturut-turut sebelum ini.

Sumber: malaysiastock.biz

  1. Priva merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM283 ribu pada suku yang terakhir. Jika dibandingkan dengan suku yang sama pada tahun lepas, Priva mengalami kerugian sebanyak RM747,000. 
  2. Priva mendapat minat belian setelah melantik bekas ketua pegawai eksekutif  MIDA Datuk Azman Mahmud sebagai pengerusi yang baru.
  3. Pada 1 Jun 2021, Priva cuba melepasi paras rintangan RM0.305 namun tetap tidak berjaya. Sejak daripada itu, Priva terus membuat downtrend sehingga membentuk paras sokongan di RM0.205.

Sumber:

  1. Meskipun Morning Star terbentuk di pertengahan bulan Jun, saham ini tidak membuat reversal malah terus berlegar-legar di kawasan sokongan.
  2. Malang buat Priva apabila pada 28 Jun 2021, saham ini mematahkan paras sokongan. Ini merupakan sell signal yang jelas kepada pelabur.
  3. Priva perlu memecahkan semula paras rintangan RM0.205 tersebut sebelum memulakan pergerakan ke atas semula. 

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Ini Ada Solusi!

Tak semua orang ada masa yang cukup untuk monitor pergerakan saham setiap hari. 

Mungkin sibuk bekerja atau ada komitmen lain yang membataskan masa anda untuk melabur. 

Ada juga yang selalu ikut buy call tapi tak pernah untung. Sahamnya naik tapi bila entry terus jatuh. 

Apa kata kalau anda kurangkan masa monitor saham tapi tingkatkan kualiti pelaburan anda? 

Haa! Webinar Swing Trading boleh bantu atasi masalah-masalah anda!

  • Tak perlu menghadap pasaran saham setiap hari
  • Tak perlu lari-lari dari kerja hakiki
  • Tak perlu risau setiap kali anda buat entry
  • Dapat menjaga emosi anda dalam pelaburan

Apa yang akan anda pelajari dalam webinar ini?  

✅Mindset Power
✅Teknik Compounding
✅Jenis Chart
✅11 Jenis Reversal Candlestick
✅Market Phase
✅Buy On Breakout
✅Kajian Saham
✅Kenali Top 4 Sell Signal
✅Pemilihan Winning Stock
✅Dan banyak lagi …

Daftar sekarang di Webinar Swing Trading >> thekapital.my/swingtrading 

Share332ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In