• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 6 Julai — Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi Selasa dengan lebih rendah namun kembali meningkat kemudiannya berikutan kehadiran minat belian yang lebih ketara.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.23 mata kepada 1,533.59 daripada 1,532.36 sewaktu urus niaga berakhir pada Isnin. 

Indeks penanda aras itu dibuka susut 0.44 mata kepada 1,531.92.  

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 222 berbanding 115 manakala 272 kaunter tidak berubah, 1,563 tidak diniagakan dan lapan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 286.43 juta unit bernilai RM124.17 bilion.

Sementara itu, Malacca Securities berkata bursa tempatan berkenaan berkemungkinan mencatat aktiviti belian saham yang berharga rendah, terutamanya kaunter yang mencatat jualan berlebihan.

Selain itu, Malaysia juga menyaksikan perkembangan baharu seperti ketibaan berjuta-juta dos vaksin COVID-19 pada bulan ini yang akan melonjakkan kadar vaksinasi di paras rekod manakala harga minyak sawit mentah (MSM) dan minyak diunjur terus meningkat.

Setakat pagi ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, telah menokok 0.32 peratus kepada US$77.41 setong.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Axiata naik tiga sen kepada RM3.83, Dialog meningkat empat sen kepada RM292, Genting Bhd meraih lima sen kepada RM4.98, Genting Malaysia dan TNB masing-masing naik dua sen kepada RM2.85 dan RM9.75.

Maybank dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM8.13 dan RM5.62 manakala Public Bank rugi satu sen kepada RM4.11.  

Bagi saham aktif, Serba Dinamik dan Sapura Energy masing-masing naik setengah sen kepada 49 sen dan 13.5 sen manakala Sedania Innovator menambah enam sen kepada RM1.12, T7 Global meraih tiga sen kepada 40.5 sen dan Kumpulan Jetson susut satu sen kepada 54.5 sen.  

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 14.32 mata kepada 11,164.04, Indeks FBMT 100 naik 11.13 mata kepada 10,869.12 dan Indeks FBM Emas Syariah meraih 22.72 mata kepada 12,185.9. 

FBM ACE naik 71.28 mata kepada 7,400.3 manakala FBM 70 meraih 24.18 mata kepada 14,421.06.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 6.91 mata kepada 15,110.11, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.03 mata kepada 188.05 dan Indeks Perladangan meningkat 5.73 mata kepada 6,387.3.  

— BERNAMA 

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In