• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

10 Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur Saham Favelle Favco

in Fundamental Analisis
A A
10 Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur Saham Favelle Favco
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Favelle Favco Bhd (KLSE: 7229) (FFB) adalah sebuah syarikat yang menjana pendapatan melalui dua jenis perniagaan iaitu perekaan, penjualan, dan penyewaan kren kepada sektor seperti minyak & gas dan pembinaan; serta perekaan, kejuruteraan, dan penyelenggaraan servis. 

Kini, FFB bernilai RM479.20 juta dalam nilai pasaran. Jadi, mari kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur saham FFB: 

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur


1. Segmen #1: Kren 

Pada tahun 2016, perolehan FFB menurun setelah ia merekodkan kenaikan perolehan daripada RM482.4 juta pada tahun 2011 kepada RM867.3 juta pada tahun 2015. Sejak itu, FFB telah mengekalkan perolehan kren sekitar RM500 juta setahun. 

Ia telah merekodkan perolehan sebanyak RM732.1 juta daripada pelanggannya di Australia.  Pada tahun 2020, penurunan perolehan direkodkan kerana aktivitinya telah terjejas disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu.  

Chart

2. Segmen #2: Intelligent Automation Group (IAG) 

Pada 3 Julai 2018, FFB telah membeli sebanyak 70% ekuiti saham dalam empat buah syarikat: 

  • Exact Automation Sdn Bhd
  • Sedia Teguh Sdn Bhd 
  • Exact Analytical Sdn Bhd 
  • Exact Oil & Gas Sdn Bhd 

Pada tahun 2020 hasil daripada milikan syarikat-syarikat tersebut, FFB telah merekodkan perolehan sebanyak RM128.5 juta, iaitu penurunan daripada RM158.4 juta pada tahun 2019. 

Chart

3. Keputusan Kewangan 10-Tahun Terkini 

Antara tahun 2016-2020, FFB telah merekodkan perolehan kira-kira RM500 juta setahun, turun daripada RM867.3 juta pada tahun 2015. 

Setelah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM93.9 juta pada tahun 2015, ianya merupakan keuntungan bersih tertinggi dalam tempoh 10 tahun. FFB telah merekodkan keuntungan bersih sekitar RM60 juta ke RM80 juta setahun antara tahun 2016 ke tahun 2019. 

Pada tahun 2020, FFB mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM44.5 juta akibat daripada perniagaan FFB yang terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada tahun tersebut. 

Chart
Chart

4. Kedudukan Kewangan Terkini 

Pada suku pertama 2021 (Q12021), FFB telah mencatatkan sebanyak RM66.8 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM784.7 juta dalam ekuiti pegangan saham. Jadi, nisbah hutang bagi FFB adalah 8.52%. 

Pada masa itu, aset semasa FFB adalah sebanyak RM861.0 juta dan liabiliti semasa sebanyak RM526.9 juta. Maka, FFB mempunyai nisbah semasa sebanyak 1.63 buat masa ini. 

5. Keputusan Kewangan 12-Bulan Terkini 

Berdasarkan kepada 12-bulan terkini, FFB telah merekodkan perolehan sebanyak RM531.7 juta dan menjana RM44.6 juta dalam keuntungan bersih ataupun 19.90 sen di dalam Earnings Per Share (EPS). 

6. Perkembangan Terkini 

Bermula 1 Disember 2020 sehingga 8 Mac 2021, FFB telah menerima orders atau kontrak untuk membekalkan kren kepada pelanggan-pelanggannya seperti yang tersenarai di bawah yang bernilai sebanyak RM101.4 juta. 

Pada 19 Mei 2021, berdasarkan kepada laporan Q12021, FFB telah mengumumkan bahawa syarikat ini  mencatatkan order book outstanding sebanyak RM534 juta (termasuk RM85 juta dalam order book dari IAG). 

7. Pemegang Saham Utama 

Muhibbah Engineering (M) Bhd (ME) adalah pemegang saham utama FFB dengan 58.61% ekuiti pemegangan saham. 

Maka, Mac Ngan Boon@Mac Yin Boon adalah pemilik utama dalam FFB melalui  4.24% pemegangan ekuiti secara langsung dan pemegangan ekuiti tak langsung melalui ME. Mac Ngan Boon@Mat Yin Boon adalah Executive Director dalam FFB dan Mac Chung Hui, anaknya adalah Managing Director dalam FFB. 

8. P/E Ratio 

Kini, harga saham FFB adalah sekitar RM2.14. 

Di sini, saya akan memberi dua kiraan P/E Ratio. 

Satu adalah bagi tempoh sebelum COVID-19, iaitu berdasarkan prestasi FFB pada tahun 2019. 

Satu lagi adalah bagi tempoh 12-bulan terkini, iaitu semasa COVID-19. 

P/E Ratio (2019 EPS)

= Harga Saham Terkini / EPS 2019

= RM2.14 / RM0.3718

= 5.76

P/E Ratio (2020 EPS)

= Harga Saham Terkini / EPS 2020

= RM2.14 / RM0.1987

= 10.77

9. P/B Ratio 

Pada Q1 2021, aset bersih FFB adalah sebanyak RM3.35 bagi setiap saham. 

Jadi, P/B Ratio terkini FFB adalah 0.64, lebih rendah daripada 10 tahun purata pada 2011-2020. 

P/B Ratio Terkini 

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM2.14 / RM3.35

= 0.64

10. Kadar Dividen

FFB telah mengisytihar dan membayar Dividend Per Share (DPS) seperti berikut:-

Chart

Seperti P/E Ratio, saya akan memberi dua kiraan kadar dividen. 

Kadar Dividen (DPS 2019)

= (DPS 2019 / Harga Saham Terkini) x 100% 

= (RM0.15 / RM2.14) x 100%

= 7.01%

Kadar Dividen (DPS 2020)

= (DPS 2020 / Harga Saham Terkini) x 100% 

= (RM0.08 / RM2.14) x 100%

= 3.74%

Kesimpulan: 

Secara kesimpulan, saya mendapati: 

Jadi, wajarkah anda melabur ke dalam saham FFB? 

Tepuk dada, tanyalah selera.

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

DAFTAR SEKARANG!
Share300ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

12 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

12 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

12 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In