• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, July 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Agak Tinggi Pada Sesi Dagangan Awal Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) —  Bursa Malaysia dibuka agak tinggi pagi ini dengan sentimen pasaran nampak lebih baik selepas lima negeri di dalam negara beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.24 mata kepada 1,533.59 berbanding 1,533.35 pada penutupan Jumaat minggu lepas.

Indeks utama dibuka 0.69 mata lebih tinggi pada 1,534.04. 

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 192 berbalas 169 manakala 299 kaunter tidak berubah, 1,513 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 286.43 juta unit bernilai RM124.17 bilion.

Pada Sabtu, Majlis Keselamatan Negara mengumumkan Kelantan, Pahang, Perak, Terengganu dan Perlis telah memenuhi tiga prasyarat PPN dan akan beralih ke Fasa Dua hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kelima-lima negeri ini telah berjaya menurunkan jumlah kes masing-masing, mempunyai kapasiti yang lebih baik di wad ICU dan telah meningkatkan peratusan penduduk yang diberi vaksin mengikut kadar ambang yang ditetapkan di bawah PPN.

Bagaimanapun, Malacca Securities menyatakan kenaikan FBM KLCI mungkin terbatas kerana para pelabur terus mengambil sikap berhati-hati memandangkan kes harian COVID-19 masih melepasi paras 6,000.

Sementara itu, pelabur akan memantau keputusan kadar faedah Bank Negara Malaysia minggu ini untuk hala tuju mereka di pasaran saham.

“Bagi komoditi pula, harga minyak sawit mentah komoditi meningkat untuk hari keempat berturut-turut. Sektor minyak dan gas mungkin menjadi fokus utama kerana harga minyak Brent telah mengukuh pada sekitar US$76 setong,” kata Malacca Securities dalam nota penyelidikannya hari ini.

Selain itu, firma itu berpendapat sektor teknologi juga akan mendapat manfaat daripada kenaikan di Nasdaq.

“Memandangkan kita masih dalam mood kawalan pergerakan dengan lima negeri beralih ke fasa dua PPN, kami mungkin memantau saham pembungkusan plastik di tengah permintaan yang lebih tinggi terhadap penggunaan plastik,” katanya.

Saham berwajaran tinggi Petronas Chemicals naik dua sen kepada RM8.09, TNB meningkat tiga sen kepada RM9.76, Press Metal menambah empat sen kepada RM4.82, Maybank, IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM8.11 dan RM5.61, sementara Public Bank turun satu sen kepada RM4.10 dan CIMB susut dua sen kepada RM4.62.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik meningkat tiga sen kepada 41.5 sen, NWP Holdings naik satu sen kepada 22.5 sen, Pasukhas lebih tinggi 3.5 sen kepada 32 sen, Sarawak Consolidated dan KPower masing-masing melonak 4.5 sen kepada 85.5 sen dan 96.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 4.52 mata kepada 11,165.43, Indeks FBMT 100 menokok 2.55 mata kepada 10,875.97, dan Indeks FBM Emas Syariah mengembang 12.47 mata kepada 12,188.58.

Sementara itu, FBM ACE turun 0.66 mata kepada 7,210.55, tetapi FBM 70 meningkat 6.52 mata pada 14,456.85.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 11.38 mata kepada 15,116.07, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.55 mata lebih tinggi pada 187.48, dan Indeks Perladangan menambah 0.82 mata kepada 6,416.64.

— BERNAMA

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In