• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia diniagakan rendah pada sesi dagangan tengah hari ini berikutan sentimen pasaran yang lemah selepas pengumuman pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) semalam, melibatkan sebahagian besar negeri Selangor dan 15 lokaliti di Kuala Lumpur.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.2 mata kepada 1,531.03 daripada 1,534.23 ketika ditutup pada petang urus niaga Khamis.

Indeks utama dibuka 0.53 mata lebih rendah pada 1,533.70 dan bergerak antara 1,530.42 dan 1,536.00.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 499 berbalas 287 manakala 431 kaunter tidak berubah, 948 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.38 bilion unit bernilai RM1.54 bilion.

Seorang penganalisis berkata FBM KLCI bergerak dalam julat yang ketat di tengah-tengah kebimbangan mengenai COVID-19 di Malaysia, yang telahpun merugikan ekonomi domestik.

“Sentimen mungkin kekal lemah sepanjang hari menjelang hujung minggu,” katanya.

Di pasaran serantau, kebanyakan pasaran berada dalam zon positif,  mengambil petunjuk daripada  prestasi Wall Street semalaman yang lebih baik, dirangsang oleh prospek pemulihan ekonomi global yang kukuh selepas data AS menunjukkan peningkatan dari segi pembuatan dan tuntutan pengangguran.

Di dalam negara, IHS Markit menyatakan kemerosotan keadaan yang paling ketara dalam kalangan negara-negara ASEAN dicatat oleh Malaysia dengan indeks utama turun mendadak ke paras terendah hampir 39.9 pada bulan Jun 2021 daripada 51.3 pada bulan Mei 2021.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby Plantation turun enam sen kepada RM4.00, Hartalega susut 12 sen pada RM7.02, Public Bank lebih rendah dua sen kepada RM4.10 dan Top Glove menyusut empat sen kepada RM4.03.

Sebaliknya, Axiata meningkat enam sen kepada RM3.84, Press Metal menambah tiga sen kepada RM4.78 dan Digi naik dua sen kepada RM4.19.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik tidak berubah pada 38 sen, Sarawak Consolidated naik 7.5 sen kepada 82.5 sen dan KPower meningkat 3.5 sen kepada 94 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 22.45 mata kepada 11,150.90, Indeks FBMT 100 turun 22.65 mata kepada 10,863.83 dan Indeks FBM Emas Syariah menyusut 18.43 mata kepada 12,168.37.

FBM ACE melonjak 34.98 mata kepada 7,141.48 tetapi FBM 70 lemah 3.12 mata pada 14,464.27.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 24.56 mata kepada 15,105.57, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.22 mata pada 186.38 dan Indeks Perladangan lebih rendah 48.08 mata kepada 6,397.01.

— BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In