• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, July 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Belian Semasa Harga Rendah Dorong Kenaikan Bursa Malaysia

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) — Pembelian semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, hari pertama bagi tempoh separuh kedua 2021, selepas mengalami penurunan ketara pada Rabu.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.50 mata atau 0.33 peratus kepada 1,537.68 dengan minat terhadap saham berharga rendah, telekomunikasi, penjagaan kesihatan, tenaga dan kewangan dapat dilihat.

Indeks utama itu dibuka 0.71 mata lebih tinggi kepada 1,533.34 daripada 1,532.63 ketika ditutup pada Rabu.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 175 berbanding 155 manakala 208 kaunter tidak berubah, 1,627 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 206.6 juta unit bernilai RM81.3 juta.

Menurut Malacca Securities, pihaknya menjangkakan aktiviti pembelian semasa harga rendah berlaku dalam pasaran tempatan memandangkan Parlimen mungkin bersidang semula pada Ogos.

“Dari segi komoditi, harga minyak mentah meningkat susulan laporan menunjukkan inventori Amerika Syarikat adalah rendah,” jelasnya menerusi nota penyelidikan.

Ia menambah, pelabur akan memantau mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya hari ini untuk meneliti keputusan berkaitan fasa seterusnya bagi dasar pengeluaran.

Pasaran juga mungkin menyaksikan minat belian secara kecil-kecilan dalam sektor penjagaan kesihatan dalam keadaan pandemik COVID-19 yang belum dapat dikawal sepenuhnya, selepas penjualan besar-besaran semalam, jelas firma pembrokeran tersebut.

Selain itu, minat dagangan dijangka dapat dilihat di kaunter minyak dan gas menjelang mesyuarat OPEC dan sekutunya.

Di pasaran tempatan, dalam kalangan saham berwajaran tinggi, CIMB naik lima sen kepada RM4.66, Public Bank menokok dua sen kepada RM4.13 sementara Maxis, Sime Darby Plantation dan Genting Malaysia masing-masing menambah empat sen kepada RM4.43, RM4.02 dan RM2 .81.

Hanya IOI Corp, Hap Seng, RHB Bank dan Petronas Dagangan mengalami prestasi penurunan.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik turun setengah sen kepada 32.5 sen, PUC meningkat setengah sen kepada 17.5 sen dan Sedania melonjak tujuh sen kepada 79.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 29.35 mata kepada 11,185.57, Indeks FBMT 100 naik 29.92 mata kepada 10,905.01 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 26.61 mata kepada 12,204.89.

FBM ACE melonjak 75.02 mata kepada 7,024.37 dan FBM 70 meningkat 16.65 mata kepada 14,495.64.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 44.33 mata kepada 15,142.64, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.02 mata kepada 186.32 dan Indeks Perladangan turun 12.14 mata kepada 6,389.34.

— BERNAMA

Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In