• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Serba Dinamik Diminta Patuh Arahan Bursa Malaysia

in Berita
A A
Untung Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM148 Juta Pada Suku Ketiga

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) — Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) telah dimaklumkan oleh pihak Bursa Malaysia bahawa sebarang kegagalannya mematuhi arahan bursa untuk mengadakan semakan semula bebas khas adalah pelanggaran terhadap ketetapan penyenaraian di pasaran itu.

Menurut syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu, pihak bursa yang juga pengawal selia pasaran saham turut memberi peringatan bahawa ia boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap Serba Dinamik atau pengarah-pengarahnya.

Dalam makluman kepada bursa hari ini, Serba Dinamik berkata ia telah disyaratkan untuk melantik satu firma perakaunan antarabangsa atau firma berkaitan dengan gabungan antarabangsa yang mempunyai sumber mencukupi bagi menjalankan semakan semula bebas menjelang 2 Julai, 2021, bagi menangani kebimbangan dibangkitkan oleh KPMG PLT dalam pembentangan kepada pihak lembaga pada 3 Mei, 2021.

Serba Dinamik berkata ia juga perlu memastikan bahawa firma itu atau sekutunya yang dilantik, “wujud di Bahrain dan lokasi antarabangsa lain dengan kehadiran pelanggan serta pembekal sepertimana dibangkitkan oleh KPMG PLT pada 3 Mei, 2021.”

Bursa Malaysia turut memaklumkan Serba Dinamik untuk “memastikan skop semakan semula khas bebas itu adalah sebagaimana yang dipersetujui oleh jawatankuasa audit syarikat itu dan Ernst & Young Consulting Sdn Bhd (E&Y) yang turut dikongsi dengan pihak Bursa Malaysia Securities pada 15 Jun, 2021.”

Malah, Bursa Malaysia juga berhak untuk memperluas serta melanjutkan skop tugasan semakan semula bebas khas tersebut, demikian menurut kenyataan bursa.

Serba Dinamik turut  disyaratkan untuk membuat laporan terus kepada Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia secara berkala mengenai perkembangan semakan itu serta hasil dapatannya apabila selesai kelak.

Sebelum arahan Bursa Malaysia itu, Serba Dinamik telah mengumumkan dan mengesahkan persetujuan EY menjadi penilai bebas yang tertakluk kepada syarat, terutamanya melibatkan keperluan kerjasama KPMG PLT bagi kemudahan serta kelancaran semakan semula tersebut.

Semalam, Serba Dinamik menerusi kenyataannya kepada bursa, berkata EY telah menerima pelantikan tersebut bagi menyemak kesahihan dan ketepatan perkara-perkara dibangkitkan oleh KPMG PLT yang juga bekas juruaudit luar syarikat itu.

Serba Dinamik juga telah bersetuju dengan syarat ditetapkan EY bagi memastikan sesi libat urus terbabit dapat dijalankan secara bebas serta objektif demi manfaat semua pihak berkepentingan.

Pada akhir dagangan bursa hari ini, saham Serba Dinamik susut setengah sen kepada 32 sen dengan sejumlah 834.88 juta saham diniagakan.

— BERNAMA

Share242ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In