• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu ketika sentimen menolak risiko terus ketara berikutan pendirian pelabur yang berhati-hati terhadap perkembangan COVID-19 di negara ini.

Penurunan itu merentasi semua sektor kecuali kewangan, pembinaan dan produk serta perkhidmatan perindustrian yang mencatatkan kenaikan kecil.

Pada 9.09 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.86 mata kepada 1,547.45 daripada 1,548.31 sewaktu dagangan ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk utama itu dibuka dengan susut 1.01 mata kepada 1,547.30.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 184 berbanding 167 manakala 244 kaunter tidak berubah, 1,621 tidak didagangkan dan 61 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 307.35 juta unit bernilai RM112.54 juta.

Sementara itu, Malacca Securities dalam nota penyelidikannya berkata bursa tempatan itu dijangka sukar mengekalkan momentum peningkatan semalam apabila angka kes jangkitan harian COVID-19 masih dalam lingkungan 5,000 hingga 7,000 kes.

Malah, kes jangkitan itu melepasi paras 6,000 pada semalam.

“Pada masa ini, kami percaya kenaikan kaunter-kaunter teknologi di peringkat tempatan masih tidak berubah susulan peningkatan pasaran Nasdaq.

“Selain itu, sektor pengangkutan dan logistik juga dijangka mencatat prestasi sama susulan aktiviti jualan baru-baru ini.

“Oleh kerana varian Delta COVID19 itu terus menjadi kebimbangan utama, aktiviti urus niaga yang lebih ketara dijangka membabitkan saham sarung tangan,” katanya.

Bagi komoditi pula, pergerakan minyak sawit mentah dan minyak terus dalam jajaran tinggi.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi menyaksikan IHH, Digi dan Sime Darby Plantation masing-masing susut tiga sen kepada RM5.60, RM4.25 dan RM4.08.

Hong Leong Bank rugi lapan sen kepada RM18.76 manakala Petronas Dagangan susut 14 sen kepada RM18.84.

HLFG sebaliknya naik 42 sen kepada RM18.22 manakala Public Bank, Maybank dan TNB masing-masing menokok dua sen kepada RM4.17, RM8.15 dan RM9.86.

Bagi saham aktif, OCR Group meningkat tiga sen kepada 23.5 sen, Serba Dinamik merosot setengah sen kepada 31.5 sen dan Tanco tidak berubah pada 15 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas susut 2.77 mata kepada 11,246.89, Indeks FBMT 100 meningkat 2.72 mata kepada 10,966.52 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 8.95 mata kepada 12,298.98.

FBM ACE susut 4.34 mata kepada 7,073.10 manakala FBM 70 naik 9.48 mata kepada 14,546.94.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 19.55 mata kepada 15,171.01, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.02 mata kepada 187.35 manakala Indeks Perladangan turun 12.97 mata kepada 6,456.88.

— BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In