Prestar Resources Berhad (Prestar) adalah sebuah syarikat yang secara amnya terlibat dengan pemprosesan besi dan aktiviti pembuatan produk berasaskan besi. Syarikat ini mempunyai kilang di Selangor dan Pulau Pinang.
Prestar memulakan perniagaannya pada tahun 1984. Setelah berjaya disenaraikan pada tahun 1995, Prestar mempelbagaikan perniagaannya dan beralih ke arah upstream iaitu memproses semula steel mother coils kepada slitted coils/sheets (Coil Center).
Sumber: Prestar
Produk-produk ini kemudian dibekalkan kepada industri automotif serta elektrik dan elektronik. Coil Center ini merupakan usaha sama antara Prestar Resources Berhad dan POSCO, kilang keluli terbesar dunia dari Korea.
Daripada sini dapatlah kita ketahui Prestar merupakan syarikat yang tergolong dalam sektor perkhidmatan & produk industri dan sub-sektornya adalah besi.
1. Saham Ringan
Jumlah saham Prestar yang diapungkan adalah hanya sebanyak 205.63 juta unit. Bilangan saham ini boleh dianggap sangat rendah untuk saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia yang kebanyakannya memiliki apungan saham sekitar 500 juta unit saham dan ke atas.
Apabila bilangan saham yang diapungkan sedikit, maka saham tersebut adalah ringan. Saham ringan adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada saham yang mudah membuat kenaikan dan penurunan.
Sumber: malaysiastock.biz
2. Perniagaan Keluarga
Sumber: Bursa Market Place
Pemegang saham utama syarikat ini adalah Fabulous Essence Sdn Bhd. Berdasarkan kepada senarai tersebut, dapat dilihat majoriti pemegang saham syarikat ini adalah dalam kalangan keluarga Toh.
Dari sini dapat kita fahami bahawa syarikat ini merupakan perniagaan milik keluarga tersebut. Satu kelebihan apabila saham-saham syarikat dimiliki oleh ahli keluarga adalah keluarga tersebut akan memiliki kuasa penuh dalam menentukan hala tuju syarikat dan mudah bagi pihak pengurusan untuk menjalankan kerja-kerja pengurusan.
3. 5 Magic Numbers
Sumber: malaysiastock.biz
Jika dinilai menggunakan kaedah 5 magic numbers, Prestar merupakan saham yang dianggap baik. Kita mulakan dengan Earnings Per Share (EPS). EPS Prestar adalah setinggi 16.19 sen. EPS yang positif memberi gambaran bahawa syarikat ini sedang berjaya menjana pendapatan dari setiap unit saham yang diapungkan.
Nisbah PE Prestar direkodkan pada 6.49, iaitu di bawah 10. Sekiranya sesebuah saham mempunyai nisbah PE yang rendah, syarikat itu boleh dianggap sebagai saham di bawah nilai. Namun, PE yang rendah juga memberitahu bahawa syarikat itu mempunyai pertumbuhan yang rendah.
Return on Equity (ROE) syarikat pula adalah 9.75% yang boleh dianggap sederhana bagi sebuah syarikat.
Net Tangible Asset (NTA) Prestar adalah RM1.66. Nilai NTA sering digunakan untuk mengkaji sesebuah saham untuk tahu sama ada saham tersebut undervalue atau overvalue. Harga semasa Prestar adalah RM1.05. Oleh itu Prestar kini adalah di bawah nilai.
Dividend Yield (DY) merupakan peratus pemberian dividen yang diagihkan syarikat kepada pemegang sahamnya. Prestar tidak memiliki dividend yield yang tinggi. DY saham Prestar hanya sebanyak 0.95%.
4. Peningkatan Perolehan & Keuntungan Bersih Yang Ketara
Sumber: malaysiastock.biz
Carta bar di atas menunjukkan prestasi kewangan suku tahunan Prestar semakin bertambah baik beberapa suku yang terakhir. Bermula dengan suku ketiga 2020, Prestar telah mencatatkan peningkatan perolehan yang luar biasa iaitu sebanyak RM125.9 juta, jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan suku sebelumnya.
Keuntungan bersih syarikat bagi suku tersebut merekodkan keuntungan yang menakjubkan iaitu sebanyak RM5.2 juta. Sejak itu, prestasi setiap suku Prestar bertambah baik sehingga kini dan baru-baru ini Prestar mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM18.3 juta.
Suku terakhir Prestar mencatatkan kenaikan YoY sebanyak 351% jika dibandingkan dengan suku yang sama tahun sebelumnya.
Peningkatan yang ketara ini disebabkan oleh permintaan terhadap besi yang meningkat dan kenaikan harga besi dunia.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)