• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Produk

5 Perkara Anda Belajar Dalam Webinar Hedge Inflation

in Produk
A A
5 Perkara Anda Belajar Dalam Webinar Hedge Inflation
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Nak Cara Mudah Fahami Warrant & Corporate Action?

Masih Tak Pandai Melabur Saham? Belajar Sampai Pandai Buat Profit Sendiri

Apa Kata Alumni Tentang Webinar Senang Saham?

Kita sering mengadu harga barang naik, tetapi gaji tetap sama. Sekitar 20 tahun yang lepas, sekeping RM50 boleh penuhkan sebuah troli. Kini, tidak banyak boleh dibeli dengan RM50. 

Baca : Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?

Terdapat beberapa cara untuk mengukur inflasi. Pertama adalah melalui Deflator Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ia merupakan ukuran harga bagi barangan yang dikeluarkan dalam negeri, produk dan servis dalam sesebuah ekonomi.

Kaedah yang kedua ialah melalui petunjuk Indeks Harga Pengguna (CPI). Ukuran dibuat terhadap perubahan harga bagi sekumpulan produk pengguna. 

Salah satu cara untuk mengatasi inflasi adalah dengan melabur. Pelaburan di tempat yang betul akan mengembangkan duit anda dan secara tidak langsung dapat membantu anda menghadapi inflasi.

‘Inflation steals your wealth, so invest’

Dalam pelaburan saham, ada satu teknik pelaburan yang dinamakan sebagai Hedging. Untuk pengetahuan anda, Hedge atau perlindungan nilai adalah aktiviti yang dilakukan untuk mengurangkan risiko pergerakan harga saham yang mungkin akan merugikan pelabur. 

Pelaburan mana yang tiada risiko kerugian? Oleh itu, The Kapital ingin mengajak anda untuk sertai kami di Webinar Hedge Inflation yang akan berlangsung pada 2 Julai 2021 pada jam 9 malam sehingga 10.30 malam.

Nak tahu apa yang akan anda belajar dalam Webinar Hedge Inflation?

1. Memahami Data Inflasi Dan Impak Inflasi Terhadap Pasaran Saham

Di dalam webinar ini, anda akan diajar cara-cara membaca data inflasi dan seterusnya memahami data-data tersebut. Bila dah baca, sudah tentulah kita nak fahamkan apa yang cuba disampaikan oleh data tersebut, betul kan?

Meskipun data inflasi lebih terkait dengan harga barang, ia turut mempunyai impak terhadap pasaran saham. Jika nak tahu lebih lanjut, kenalah sertai webinar ini.

Setakat April 2021, inflasi tahunan Malaysia adalah pada 4.7%. 

Sumber: Trading Economics

Data di atas adalah data bagi Malaysia. Bagaimana pula di Amerika Syarikat?

Sumber: Trading Economics

Gambar rajah di atas menunjukkan peningkatan kadar inflasi yang berlaku di Amerika sejak tahun lepas. Tekanan yang dirasai kesan daripada pandemik cukup untuk meningkatkan kadar inflasi di negara tersebut. 

2. Belajar Dari Sejarah Inflasi Kepada Wall Street Sejak Tahun 1970

Sumber: US News

Salah satu sebab kita belajar sejarah adalah untuk kita belajar sesuatu daripadanya dan agar kita tidak mengulanginya. Maka, penting untuk kita belajar sejarah inflasi kepada pasaran saham Wall Street. Bukan 10 tahun atau 20 tahun yang lepas,tetapi anda akan belajar sejarah untuk 50 tahun yang lepas!

Oleh itu, anda sendiri akan dapat mengenal pasti bila inflasi mula berlaku terhadap Wall Street dan kisah disebaliknya.

3. Belajar Cara Kaji Sektor Pilihan Kalis Inflasi 

Berdasarkan screener Finviz, terdapat 11 sektor di Wall Street. Sebagai pelabur yang bijak, kita harus tahu bahawa bukan semua sektor boleh memberi pulangan yang baik setiap masa. 

Terdapat sesetengah sektor yang hanya akan memberikan pulangan yang baik pada situasi yang tertentu. Sebagai contoh, sektor penjagaan kesihatan berjaya memberikan pulangan yang baik kepada pelabur ketika isu kesihatan global.

Sektor apa pula yang boleh diperhatikan ketika inflasi? Itu anda akan belajar dalam webinar kelak. 

4. Belajar nak pilih sama ada melabur dalam saham atau ETF semasa inflasi

Perkara di atas turut sering menjadi persoalan pelabur. Anda akan diterangkan di mana harus labur wang anda ketika inflasi. 

Antara saham dan ETF, yang manakah memberi pulangan yang lebih baik semasa inflasi?

Bagi yang tidak tahu apa itu ETF, boleh baca : 

Ketahui Apa Itu ETF Dan 4 Kelebihan Melabur Dalam ETF

5. Belajar bagaimana anda boleh kenal pasti saham pilihan di Wall Street waktu inflasi meningkat

Peningkatan inflasi di sesebuah negara tidaklah bermaksud semuanya negatif. Jika dalam pasaran saham, ada saham yang kita boleh perhatikan sewaktu inflasi meningkat. 

Ketika inflasi meningkat, ada juga saham yang mendapat kesan positif daripadanya. Setelah belajar dari webinar ini kelak, kami harap anda boleh membuat sendiri pemilihan saham meskipun inflasi sedang meningkat.

Speaker bagi Webinar Hedge Inflation ini adalah Tuan Mukhriz Mangsor. Beliau merupakan seorang yang sangat berpengalaman luas dalam pelaburan di Wall Street. Jatuh bangun beliau dalam pasaran saham Wall Street adalah sangat mahal dan pelabur newbie boleh belajar sesuatu daripada pengalaman beliau.

Kenali speaker anda : Mukhriz HM

Baca : 5 Sebab Anda Kena Belajar Dengan Guru Pelaburan Saham Global Ini

Elak Kesan Inflasi Terhadap Saham Global Dengan Hedge Inflation 

Ramai pelabur mula melabur kerana ingin menambahkan pendapatan. Ya, melabur boleh menambahkan pendapatan tetapi adakah melabur kalis kepada inflasi? 

Kadar inflasi tidak menentu. Bayangkan dulu harga teh tarik di mamak hanya RM1.00 secawan. Sekarang, harga teh tarik yang sama mencecah RM2.20 secawan 

Jika kita tidak melakukan apa-apa, inflasi bakal ‘menelan’ kita. Tujuan untuk menambah pendapatan pun sia-sia. 

Dalam pelaburan saham, ada satu teknik yang dinamakan Hedging. Teknik ini membantu mengurangkan risiko pergerakan saham yang merugikan. 

Nak elakkan kesan inflasi dalam pelaburan saham? 

Haa! Khas buat mereka yang melabur saham di Wall Street. 

Webinar Hedge Inflation bersama Tuan Mukhriz Mangsor akan merungkai dengan lebih lanjut. 

Pendaftaran dan maklumat lanjut boleh didapati di :  Webinar Hedge Inflation 

Share261ShareSend

Related Posts

Nak Cara Mudah Fahami Warrant & Corporate Action?
Produk

Nak Cara Mudah Fahami Warrant & Corporate Action?

5 years ago
Masih Tak Pandai Melabur Saham? Belajar Sampai Pandai Buat Profit Sendiri
Produk

Masih Tak Pandai Melabur Saham? Belajar Sampai Pandai Buat Profit Sendiri

5 years ago
Apa Kata Alumni Tentang Webinar Senang Saham?
Produk

Apa Kata Alumni Tentang Webinar Senang Saham?

5 years ago
Apa Yang Akan Anda Belajar Dalam Webinar Senang Saham 4.0 Nanti?
Produk

Apa Yang Akan Anda Belajar Dalam Webinar Senang Saham 4.0 Nanti?

5 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In