• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia mencatat prestasi berbeza daripada aliran serantau apabila mengakhiri dagangan pagi Rabu dengan lebih rendah susulan aktiviti jualan yang sebahagian besarnya melibatkan saham wajaran tinggi terutama Top Glove dan MR DIY berikutan pemangkin pasaran yang lemah, kata peniaga.

Pada tengah hari ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.48 mata kepada 1,568.54 daripada 1,574.02 sewaktu ditutup pada Selasa.

Indeks penanda aras itu yang berkurangan 2.26 mata kepada 1,571.76 sewaktu dagangan dibuka, juga bergerak dalam jajaran 1,566.62 hingga 1,573.66 sepanjang sesi dagangan tersebut.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 575 berbanding 288 manakala 451 kaunter tidak berubah, 875 tidak diniagakan dan 12 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 3.1 bilion unit bernilai RM1.47 bilion.

Seorang peniaga berkata penurunan angka kes harian baharu COVID-19 di negara ini yang kekal di bawah 5,000 bagi tempoh dua hari berturut-turut, ternyata menjejaskan minat terhadap saham sarung tangan getah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran Twitter pada Selasa berkata sejumlah 4,743 kes baharu telah direkodkan iaitu pertambahan 232 kes berbanding sehari sebelumnya.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Public Bank dan CIMB masing-masing rugi satu sen kepada RM4.19 dan RM4.59, Tenaga turun enam sen kepada RM9.98 dan IHH susut dua sen kepada RM5.73.

Maybank sebaliknya tidak berubah pada RM8.20 manakala PetChem meraih dua sen kepada RM8.00.

Bagi saham aktif, Focus tidak berubah pada 4.5 sen, Saudee naik satu sen kepada 16 sen, Serba Dinamik berkurangan 1.5 sen kepada 61 sen, Sanichi turun setengah sen kepada 7.5 sen manakala Pekat Group Bhd yang tersenarai kali pertama di Pasaran ACE naik 52 sen kepada 84 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas susut 34.54 mata kepada 11,440.08, Indeks FBMT 100 turun 35.3 mata kepada 11,132.7, FBM ACE merosot  38.63 mata kepada 7,583.86, Indeks Syariah FBM Emas kehilangan 48.85 mata kepada 12,547.82 manakala FBM 70 berkurangan 32.89 mata kepada 14,832.9.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 15.23 mata kepada 15,272.56, Indeks Perladangan susut 2.53 mata kepada 6,535.65 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.11 mata kepada 189.56.

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In