CANSLIM ini merupakan sebuah kaedah dan strategi yang diperkenalkan oleh William J. O’Neil untuk pelabur meraih pulangan yang lumayan dalam pelaburan saham ketika pasaran berada dalam keadaan Bullish. CANSLIM ini merupakan kata-kata kunci untuk kita gunakan untuk menilai kualiti syarikat sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Kali ini, kita akan menggunakan kaedah CANSLIMini untuk membantu kita membuat kajian syarikat Supercomnet Technologies Berhad.
Latar Belakang Supercomnet Technologies Berhad (Scomnet) (0001)
Supercomnet Tecnologies Berhad (Scomnet) merupakan syarikat di dalam sektor teknologi yang membuat polyvinyl chloride (PVC) dan kabel/wayar untuk peralatan elektronik. Di antara produk-produk yang ditawarkan adalah seperti wayar universal serial bus (USB), wayar local area network (LAN), kabel untuk kenderaan dan bermacan-macam lagi. Scomnet mempunyai dua anak syarikat iaitu Supercomal Advanced Cables Sdn. Bhd (SAC) yang terlibat membekalkan kabel dan wayar untuk industri automotif dan Supercomal Medical Products Sdn. Bhd yang membekalkan kabel untuk peralatan perubatan.
Scoment tersenarai di papan ACE di Bursa Malaysia dan harga semasa seunit saham adalah sekitar RM2.10.
Jom kita kaji kaunter Scomnet ini dengan menggunakan kaedah CANSLIM.
C- Current Earnings Scomnet
Salah satu cara untuk kita menilai kualiti sesebuah syarikat dengan melihat pertumbuhan perolehan syarikat yang terkini. Kita boleh mengukur pertumbuhan EPS syarikat untuk suku tahunan terkini dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Sumber: KLSE Screener
Nilai EPS untuk suku tahun kedua Scomnet tahun ini adalah 0.93, meningkat sebanyak 12.05% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan EPS yang positif ini adalah perkara yang baik untuk syarikat kerana ini menandakan bahawa perniagaan syarikat sedang berkembang daripada segi jualannya.
Namun, adakah pertumbuhan EPS sebanyak 12.05% ini cukup untuk kita kategorikan Scomnet sebagai syarikat yang berkualiti?
A- Annual Earnings
Seterusnya, kita juga perlu melihat kepada perolehan syarikat secara tahunan. Kita boleh meggunakan EPS tahunan sesebuah syarikat sebagai kayu pengukur prestasi pendapatan tahunan. Kita juga boleh menggunakan nisbah Return On Equity (ROE) untuk menilai perolehan tahunan. Pendapatan tahunan yang terdahulu juga membantu kita menilai syarikat apabila perubahan keadaan ekonomi berlaku.

Sumber: KLSE Screener
Nilai EPS syarikat Scomnet masih tidak lengkap sepenuhnya bagi tahun 2020, jadi kita akan menilai pertumbuhan EPS bagi tahun 2019 dan tahun 2018. EPS pada tahun 2019 adalah sebanyak 2.93, meningkat sebanyak 36.9% berbanding nilai EPS pada tahun 2018 iaitu sebanyak 2.14. Peningkatan pertumbuhan EPS tahunan sebanyak 36.9% ini sangat memberangsangkan, namun adakah memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam kaedah CANSLIMini?
N- News, New High, New Management
News atau berita terkini secara langsung atau tidak langsung mampu menjadi pemangkin kepada sesebuah syarikat dan amat penting dalam membuat penilaian dengan kaedah CANSLIMini. Selain daripada itu, harga saham yang tertinggi atau New High yang dicatatkan oleh saham sesebuah syarikat menjadi faktor penting. Seterusnya, pertukaran pendtabiran syarikat dan pihak pengurusan juga penting dalam menentukan prestasi sesebuah syarikatdalam jangka masa yang panjang.
News, Pemangkin

Sumber: The Edge
Berita tentang perkembangan industri teknologi ini secara tidak langsung memberi impak positif kepada syarikat di dalam sektor teknologi, termasuklah Scomnet. Sentimen tentang perkembangan teknologi turut memberi kesan kepada syarikat di sektor teknologi secara keseluruhannya.
New High

Harga saham Scomnet ini membuat All-Time High sekitar 26 Oktober 2020. Ini juga merupakan petanda baik untuk syarikat kerana ianya menunjukan minat belian terhadap saham syarikat.
S- Supply and Demand
Permintaan dan penawaran jumlah saham di pasaran penting untuk menentukan pergerakan harga sesebuah saham. Jumlah unit saham yang didagangkan ini menentukan sama ada harga saham itu mudah atau sukar untuk turun naik berdasarkan permintaan semasa.
Jumlah unit saham Scomnet yang didagangkan adalah sebanyak 674 juta unit. Untuk mengetahui jumlah ini adalah banyak atau pun tidak, kita perlu membandingkannya dengan syarikat-syarikat pesaing yang berada di dalam sektor yang sama.

Sumber: Investing.com
Gambar di atas menunjukan jumlah dagangan harian Scomnet adalah lebih rendah berbanding jumlah purata dagangan saham selama tiga bulan. Jika jumlah dagangan tersebut kekal sebegitu sehingga di ahir waktu dagangan, ini menunjukan tiada minat belian terhadap saham ini.
L- Leader and Laggard
Leader dan laggard ini adalah untuk kita menentukan saham mana akan lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah industri berkenaan.
Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah leader atau laggard, adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks pasaran saham.

Sumber: Trading View
Pergerakan harga saham Scomnet adalah lebih tinggi berbanding pergerakan indeks FBM KLCI. Oleh itu, kita boleh kategorikan saham Scomnet sebagai leader berbanding saham-saham yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Salah satu lagi kaedah yang lebih terperinci adalah dengan membuat perbandingan modal pasaran sesebuah syarikat itu dengan persaingnya yang lain. Adakah Scomnet juga merupakan leader kepada sektor teknologi?
I- Institutional Investor
Institutional Investor ini adalah kumpulan institusi kewangan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah Nasional Berhad dan lain-lain lagi seperti Mutual Fund, Bank Pelaburan, Syarikat Takaful/Insurans dan yang lain-lain.

Sumber: Bursa Marketplace
Untuk syarikat Scomnet ini, sebahagian besar saham syarikat dimiliki secara individu dan hanya peratus kecil sahaja merupakan pemilikan daripada institusi. Saham yang dimiliki oleh individu ini agak volatile kerana sebarang keputusan untuk menjualnya hanya mengambil masa yang singkat untuk dibuat berbanding dengan keputusan daripada pelabur institusi.
M- Market Direction
Market direction ini sangat penting kerana kaedah ini hanya akan berkesan ketika pasaran sedang berada dalam keadaan bullish. Kaedah ini kurang sesuai digunakan ketika pasaran berada pada fasa menurun.

Sumber:
Arah kaunter Scomnet ini menunjukkan saham ini sedang berada pada fasa kenaikan. Ianya merupakan petanda yang baik untuk saham ini. Namun, untuk menilai arah pasaran adalah lebih lengkap jika kita menentukan arah pasaran Indeks pasaran FBM KLCI dan juga arah pasaran sektor yang terlibat. Cara ini adalah lebih terperinci untuk digunakan di dalam kaedah CANSLIMini.
Kajian di atas adalah contoh cara penggunaan strategi CANSLIM dalam pemilhan saham sebelum kita membuat keputusan untuk melabur ke dalam sesebuah syarikat. Kaedah ini digunakan oleh pengurus dana dan juga pelabur-pelabur yang berjaya. Jika mereka juga menggunakan kaedah ini, mengapa tidak anda?
Artikel ini bertujuan untuk pendidikan sahaja. Sebarang risiko dan keputusan berkenaan dengan pelaburan adalah tanggungjawab individu. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pelaburan yang anda lakukan.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?
Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi,mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)