• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, August 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi secara menyeluruh berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah susulan sentimen pasaran yang lebih baik.

Pada 9.22 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.86 mata kepada 1,574.1 daripada 1,572.24 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks dibuka rendah 0.68 mata kepada 1,571.56.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 347 berbanding 180, manakala 315 kaunter tidak berubah, 1,361 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 707.93 juta unit bernilai RM274.2 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata aktiviti belian saham pada harga rendah dijangka meningkatkan sentimen di bursa tempatan berikutan pemulihan semalaman yang kukuh di Wall Street, selain kes harian COVID-19 yang berkurangan secara berperingkat.

“Kami percaya peserta pasaran akan memberi tumpuan kepada saham yang pulih berdasarkan kadar vaksinasi yang meningkat di Malaysia,” menurut firma broker itu dalam nota penyelidikan hari ini.

Sementara itu, harga minyak naik hampir kepada paras US$75 setong berikutan dolar US yang rendah manakala harga minyak sawit mentah terus mencatatkan aliran penurunan.

Bagi sektor yang menjadi tumpuan, Malacca Securities berkata menjejaki pergerakan meningkat di Nasdaq, pelabur dijangka terus mencari saham teknologi tempatan.

Selain itu, sektor minyak dan gas dijangka menarik minat belian berikutan harga minyak yang lebih kukuh, katanya.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan PChem, masing-masing menambah satu sen kepada RM8.19, RM4.19 dan RM7.96, Tenaga naik empat sen kepada RM10.04, manakala IHH susut sembilan sen kepada RM5.67.

Digi menambah lapan sen kepada RM4.40 dan Axiata naik dua sen kepada RM4.00 berikutan perjanjian urus niaga yang ditandatangani semalam antara dua syarikat gergasi telekomunikasi ini untuk langkah penggabungan.

Antara saham aktif, MMAG susut setengah sen kepada 17.5 sen, Greenyield naik dua sen kepada 33.5 sen, M3TECH menambah satu sen kepada tujuh sen, manakala VSolar tidak berubah pada 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 17.29 mata kepada 11,490.05, Indeks FBMT 100 menambah 15.13 mata kepada 11,182.44, FBM ACE meningkat 61.43 mata kepada 7,620.04, Indeks FBM Emas Shariah naik 17.89 mata kepada 12,633.09 dan FBM 70 menokok 27.61 mata kepada 14,939.65.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 2.08 mata kepada 15,248.08, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.86 mata kepada 189.98, bagaimanapun, Indeks Perladangan susut 9.45 mata kepada 6,587.87.

— BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In