• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi dengan indeks utama kekal berada dalam zon positif, dirangsang oleh sokongan belian berterusan membabitkan kaunter berwajaran tinggi.

Ketika dagangan berhenti rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 2.45 mata kepada 1,574.69 daripada 1,572.24 pada penutupan urus niaga Isnin.

Indeks utama dibuka 0.68 mata lebih rendah pada 1,571.56 pagi ini dan berlegar antara 1,571.21 dan 1,576.82 sepanjang sesi.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 504 berbalas 373 manakala 451 kaunter tidak berubah, 875 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 2.97 bilion unit bernilai RM1.36 bilion.

Seorang peniaga berkata kegiatan membeli ketika harga saham murah muncul semasa sentimen di pasaran semakin baik berikutan peningkatan yang lebih kukuh dalam dagangan semalaman Wall Street, ditambah dengan penurunan secara beransur-ansur dalam kes harian COVID-19.

Rakuten Trade Sdn Bhd menjangkakan trend FBM KLCI lebih tinggi dalam julat 1,575 dan 1,585 hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM8.20, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.19, PetChem meningkat empat sen kepada RM7.99, Tenaga untung enam sen kepada RM10.06, sementara IHH turun sembilan sen kepada RM5.67.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik naik 3.5 sen kepada 63.5 sen, VSolar dan Fintec masing-masing tidak berubah pada 1.5 sen dan 3.5 sen, sementara Privasia meningkat 1.5 sen kepada 24.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 17.62 mata kepada 11,490.38, Indeks FBMT 100 memperoleh 14.92 mata kepada 11,182.23 dan FBM ACE naik 73.55 mata kepada 7,632.16.

Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 7.97 mata kepada 12,623.17 sementara FBM 70 naik 10.17 mata kepada 14,922.21.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan lebih tinggi 21.95 mata kepada 15,267.95, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.97 mata kepada 190.09, tetapi Indeks Perladangan turun 34.56 mata kepada 6,562.76.

— BERNAMA

Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In