• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

Apa Kata Broker Mengenai Pekat Group Berhad?

in Trading Idea
A A
Apa Kata Broker Mengenai Pekat Group Berhad?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Pekat Group Berhad, penyedia solar fotovoltan (PV) serta perlindungan kilat dan pembumian (ELP) merupakan antara syarikat yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia. Melalui penawaran awam, Pekat Group Berhad menyasarkan untuk menjana dana sebanyak RM44.4 juta.

Sumber: Pekat

Menurut pengarah urusan Pekat, Chin Soo Mau berkata daripada jumlah tersebut, RM18 juta akan digunakan untuk membina ibu pejabat baharu dan kemudahan operasi. RM12.7 juta pula adalah untuk keperluan modal kerja seperti pembelian bahan untuk projek syarikat seperti modul solar PV, pembalik solar PV, produk dan aksesori ELP. 

Sebanyak RM10 juta akan digunakan untuk membayar balik pinjaman bank dan RM3.7 juta lagi untuk membiayai kos perbelanjaan penyenaraian.

Sumber: New Straits Times

IPO ini telah terlebih langgan sebanyak 76 kali ganda setelah sebanyak 34,963 permohonan diterima untuk mendapatkan saham IPO ini. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM0.32 sesaham.

Pekat disenaraikan di Bursa Malaysia pada 23 Jun 2021.

Sumber: Bursa Malaysia

Pandangan JF Apex Research

Berikut merupakan beberapa pandangan JF Apex Research mengenai Pekat:

1. Mempunyai Kepakaran Dalam Solar Fotovoltan & ELP

Pekat Group Berhad mempunyai kepakaran dalam menyediakan penyelesaian menyeluruh untuk membina sistem fotovoltan suria (PV) di atas bumbung dan tanah. Selain itu, Pekat juga mempunyai kebolehan membina loji kuasa solar PV. 

Pekat Group merupakan kontraktor yang mempunyai lesen CIDB G7 dengan kemampuan untuk menyediakan penyelesaian pembumian dan perlindungan pencahayaan (ELP) lengkap kepada pelanggan. 

2. Kepelbagaian Aktiviti Perniagaan

Perniagaan Pekat disokong 3 aliran pendapatan utama iaitu daripada solar (57.4% daripada perolehan 2020), ELP (21.0%) dan penjualan (21.6%). Kepelbagaian sumber pendapatan memberikan peluang pertumbuhan kepada syarikat.

3. Manfaat Sinergi Dalam Kalangan 3 Segmen Perniagaan

Segmen perdagangan memberikan sinergi kepada bahagian solar dan ELP kerana produk dan aksesori dibekalkan ke projek masing-masing dan syarikat dapat membeli dalam harga borong untuk menikmati penjimatan kos. 

4. Buku Pesanan Yang Positif

Setakat 3 Mei 2021, buku pesanan Pekat adalah pada RM189.89 juta. Pekat telah memperoleh lebih dari 22MW dan menyasarkan untuk mendapatkan lebih daripada kuota  500MW yang ditawarkan oleh program NEM 3.0 yang berkuatkuasa dari tahun 2021 sehingga 2023. 

Syarikat turut dalam proses perundingan bersama syarikat yang berjaya memperolehi projek LSS4 untuk memastikan kelestarian buku pesanan syarikat.

5. Industri Solar Yang Dilihat Positif

Segmen solar Pekat telah mengalami pertumbuhan yang positif beberapa tahun yang lepas dan segmen ini dijangka akan terus menyumbang sebanyak 70% perolehan pada tahun 2021. Permintaan terhadap sistem solar PV dijangka akan terus bertambah kerana initiatif pihak kerajaan ke arah teknologi hijau. 

Di sebalik itu, kos pemasangan sistem solar PV juga menurun sebanyak 70% sepanjang dekad yang lalu. Kumpulan syarikat menjangka kapasiti Malaysia untuk berkembang adalah pada CAGR lebih dari 10% dan akan mencapai lebih dari 4GW menjelang tahun 2030.

6. Sokongan Kerajaan Dalam Industri Tenaga Boleh Diperbaharui

Polisi dan insentif kerajaan bertindak sebagai pemangkin bagi industri solar PV Malaysia. Lanjutan elaun cukai pelaburan hijau (GITA) dan pengecualian cukai pendapatan hijau (GITE) sehingga tahun 2023 telah dibentangkan pada Bajet 2020. 

Skim pembiayaan teknologi hijau 3.0 dibentangkan dalam Bajet 2021 membolehkan syarikat menjalankan aktiviti penyewaan solar.

7. Peneraju Dalam Penyedia Perkhidmatan ELP

Pekat mempunyai rekod selama 21 tahun dalam pembekalan dan pemasangan sistem ELP untuk infrastruktur, komersial dan bangungan industri di Malaysia. Pekat telah berjaya memperoleh beberapa projek mega seperti Merdeka 118 Tower, TRX 106, MRT 1,2,3 dan LRT 3.

Penilaian & Cadangan

JF Apex memberikan fair value RM0.60 bagi IPO Pekat. Penilaian yang dibuat adalah 10% diskaun jika dibandingkan dengan syarikat yang menjalankan perniagaan yang serupa iaitu Solarvest Holding Berhad. Penilaian diskaun 10% ini diberikan kerana market share Pekat dalam industri solar adalah lebih kecil. Tambahan pula, Pekat bukanlah pemain utama dalam industri solar. 

Fair value yang diberikan oleh JF Apex adalah 86% lebih tinggi daripada harga IPO yang ditawarkan. 

Risiko :

  1. Persaingan sengit daripada pemain dalam industri yang sama.
  2. Perubahan polisi kerajaan yang boleh mengganggu prospek masa hadapan syarikat.
  3. Lockdown yang lebih ketat akan memberi kesan terhadap operasi perniagaan syarikat.
  4. Peningkatan harga barang mentah dalam industri solar. 

Selain JF Apex Research, broker lain turut memberikan penilaian terhadap saham Pekat. RHB Research telah memberikan fair value Pekat pada RM0.56 iaitu 76% lebih tinggi daripada harga IPO yang ditawarkan.

Baca: RHB Research values Pekat Group offer shares at 56 sen each

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share468ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

12 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

1 year ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

1 year ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In