• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Alami Penyusutan Selepas Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat namun susut selepas itu sekali gus meneruskan penurunan yang dicatatkan pada Khamis, berikutan pengambilan untung berterusan dalam kaunter teknologi terpilih, serta produk dan perkhidmatan pengguna, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), yang menjadi penanda aras, turun 2.80 mata kepada 1,568.06 daripada 1,570.86 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 0.23 mata lebih tinggi kepada 1,571.09.

Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 249 berbanding 170, sementara 333 kaunter tidak berubah, 1,445 kaunter tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 549.70 juta unit bernilai RM267.38 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pasaran mungkin terus mencatatkan dagangan tidak banyak berubah sehingga kecenderungan negatif pada Jumaat didorong aktiviti pembelian semasa harga rendah memandangkan pelabur masih meneliti Pelan Pemulihan Negara empat fasa.

“FBM KLCI berada pada paras jauh lebih rendah dalam lingkungan penurunan pada Khamis, mengambil petunjuk daripada kebanyakan pasaran serantau, setelah pendirian Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menunjukkan ia mungkin menaikkan kadar faedah.

“Bagaimanapun, kami yakin prestasi positif Nasdaq mungkin memberi kesan limpahan kepada saham teknologi di pasaran tempatan. Dari segi komoditi, harga minyak mentah merosot selepas dolar AS mengukuh, sementara harga minyak sawit mentah (MSM) meneruskan penyusutan,” jelasnya dalam nota penyelidikan.

Firma pembrokeran itu menambah, bagi hari dagangan terakhir minggu ini, pelabur mungkin melihat minat dagangan dalam beberapa saham yang mengutamakan pemulihan seperti pengguna, hartanah dan pembinaan, serta syarikat perkapalan.

“Sementara itu, pelabur mungkin menumpukan saham berkaitan tenaga hijau susulan pasaran menjangkakan lebih banyak pelaburan asing dalam sektor ini pada masa depan, begitu juga dengan saham teknologi yang akan mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Nasdaq,” jelasnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 8.0 sen kepada RM8.18, TNB tidak berubah pada RM9.95, sementara Public Bank turun 2.0 sen kepada RM4.17, Petronas Chemicals kurang 6.0 sen kepada RM8.02 dan IHH Healthcare susut 3.0 sen kepada RM5.65.

Antara saham aktif, MMAG dan Tanco masing-masing tidak berubah pada 19 sen dan 15 sen, Euro Holdings merosot 27.5 sen kepada 93.5 sen, sementara YGL naik 2.0 sen kepada 30 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas kurang 10.38 mata kepada 11,475.50 dan Indeks FBMT 100 menguncup 11.69 mata kepada 11,162.04 sementara FBM ACE naik 57.13 mata kepada 7,633.22.

Indeks FBM Emas Syariah menokok 0.52 mata kepada 12,614.58 dan FBM 70 naik 16.09 mata kepada 14,999.05.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 25.03 mata kepada 15,269.33; Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri kurang 0.72 mata kepada 191.07 dan Indeks Perladangan menguncup 17.48 mata kepada 6,522.41.

— BERNAMA

Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In