• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi hari ini, disokong oleh kegiatan belian membabitkan kaunter produk pengguna dan perkhidmatan terpilih meskipun sentimen pasaran serantau agak lemah.

Ketika dagangan berhenti rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.03 mata kepada 1,572.89 berbanding 1,570.86 semalam.

Indeks utama dibuka 0.23 mata lebih tinggi pada 1,571.09 dan bergerak antara 1,565.74 dan 1,574.29 sepanjang sesi urus niaga.

Pergerakan harga di pasaran berubah kepada positif apabila kaunter untung mendahului kaunter rugi dengan julat tipis 434 berbalas 432 sementara 440 kaunter tidak berubah, 891 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.25 bilion unit bernilai RM1.65 bilion.

Menurut pedagang ActivTrades Anderson Alves, ekuiti Asia diniagakan secara mendatar pada hari Jumaat selepas sesi bercampur-campur semalaman di Wall Street.

“Bank-bank pusat masih menjadi perhatian dengan Bank of Japan (BOJ) dijangka mengekalkan kadar faedah pada -0.10 peratus dan Hasil 10 Tahun Jepun diunjurkan pada sifar peratus yang mempunyai jalur ambang +/- 25 mata asas.

“BOJ juga mungkin melanjutkan tarikh akhir September untuk program bantuan pandemik,” katanya.

Di bursa tempatan, saham berwajaran tinggi Maybank dan Public Bank masing-masing menambah 1.0 sen kepada RM8.18 dan RM4.20, TNB naik 2.0 sen kepada RM9.97, sementara Petronas Chemicals turun 6.0 sen kepada RM8.02 dan IHH Healthcare menyusut 1.0 sen hingga RM5.67.

Bagi saham aktif, MMAG turun setengah sen kepada 18.5 sen, Euro Holdings merosot 1.5 sen kepada RM1.06 sen, Vsolar menokok setengah sen kepada 2.0 sen dan Serba Dinamik tidak berubah pada 63 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 16.93 mata kepada 11,502.81, Indeks FBMT 100 menambah 17.27 mata kepada 11,191 dan FBM ACE melonjak 94.04 mata kepada 7,670.13.

Indeks FBM Emas Syariah pula lebih tinggi sebanyak 31.90 mata kepada 12,645.96, sementara FBM 70 meningkat 34.22 mata kepada 15,017.18.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 0.88 mata kepada 15,293.48, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.49 mata kepada 192.28, dan Indeks Perladangan berkurangan 14.49 mata kepada 6,528.51.

– BERNAMA

Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In