• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, July 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Merosot Selepas Itu

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit namun merosot selepas itu berikutan aktiviti pengambilan untung di kaunter teknologi terpilih serta kaunter produk dan perkhidmatan pengguna, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.34 mata kepada 1,573.98 daripada1,578.23 pada penutupan Rabu.

Indeks itu dibuka 0.43 mata lebih tinggi kepada 1,578.75.

Suasana pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 293 kepada 173, manakala 321 kaunter tidak berubah, 1,378 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan pada 428.69 juta unit bernilai RM191.08 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan berkata pelabur mungkin menumpukan semula kepada sektor seperti saham pengguna perlu dan kaunter pembungkusan susulan penurunan harga komoditi pada Selasa.

Katanya, harga komoditi terpilih merosot semalam susulan pengumuman China mengenai kempen  untuk mengawal harga bahan mentah, antaranya dengan meningkatkan pengawasan terhadap dagangan komoditi.

“Sementara itu, peniaga mungkin memberi perhatian terhadap situasi bertemakan pemulihan berikutan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; sektor bertemakan pemulihan termasuk pengguna, hartanah dan pembinaan,”katanya.

Malacca Securities berkata FBM KLCI merosot semalam berikutan kebimbangan pelabur terhadap keputusan mesyuarat Jawatankuasa Terbuka Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC). 

“Di sebalik sentimen yang hambar ini, risiko penurunan di bursa tempatan mungkin dihadkan oleh penurunan kes COVID-19 serta peningkatan kadar vaksinasi susulan pelaksanaan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) semalam,” katanya.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan IHH Healthcare naik 1.0 sen masing-masing kepada RM8.18 dan RM5.58, manakala Public Bank dan Petronas Chemicals susut 1.0 sen masing-masing kepada RM4.20 dan RM8.10 dan TNB turun 4.0 sen kepada RM9.98.

Untuk saham aktif, MMag, Advance SYnergy dan Trive Property menambah 1.0 sen masing-masing kepada 20 sen, 16 sen dan 9.0 sen, manakala KNM tidak berubah pada 20 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 21.18 mata kepada 11,501.47 dan Indeks FBMT 100 merosot 21.33 mata kepada 11,189.04 dan FBM ACE turun 0.68 mata kepada 7,634.61.

Indeks FBM Emas Syariah susut 22.40 mata kepada 12,645.90 namun FBM 70 naik 8.40 mata kepada 14,976.89.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 19.87 mata kepada 15,288.31, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.19 mata kepada 192.47 dan Indeks Perladangan susut 11.01 mata kepada 6,522.41.

— BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In