• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 16, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

5 Perkara Perlu Buat Sebelum Membeli Saham

in Asas Saham
A A
5 Perkara Perlu Buat Sebelum Membeli Saham
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Dalam dunia pelaburan saham, banyak aspek yang perlu dikaji dan didalami untuk mendapatkan keuntungan yang baik dan konsisten. Ramai yang menyangka bahawa apabila kita mengkaji sesuatu syarikat atau kaunter, kita perlu melihat kepada prestasi silam sesebuah syarikat itu. Perkara ini menyebabkan ramai terlepas pandang akan potensi masa hadapan syarikat tersebut. 

Ada beberapa perkara yang jauh lebih penting berbanding dengan prestasi silam syarikat untuk meramal potensi di masa hadapan, yang sekali gus akan memberikan kesan kepada turun naik harga saham syarikat tersebut.

Sebagai seorang pedagang dan pelabur yang bijak, sudah pastinya kita mencari syarikat yang mempunyai prestasi masa hadapan yang bagus supaya modal pelaburan kita akan terus berkembang.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Berikut merupakan bebarapa perkara yang perlu diambil kira sebelum memasuki mana-mana sektor dan membeli apa-apa kaunter:

1. Jangkaan Prestasi Masa Hadapan Syarikat

Sekiranya kita melihat kepada prestasi masa silam sesebuah syarikat, berkemungkinan kita mampu menjangkakan prestasi masa hadapan syarikut tersebut. Namun, perkara ini bukanlah rujukan yang akan memberi gambaran secara tepat.

2. Saham Tidak Statik

Perkara yang harus diingat adalah sesuatu sektor tidak akan sentiasa berada membuat keuntungan atau kerugian. Jadi kita harus berwaspada.

Sebagai contoh, pada tahun 2020 syarikat-syarikat yang berada dalam sektor kesihatan seperti Top Glove Corporation Bhd, Supermax Corporation Bhd, Kossan Rubber Industries Bhd, Hartalega Holdings Bhd dan lain-lain membuat kenaikan yang sangat baik selepas pandemik Covid-19 melanda dunia. 

Ketika itu, sektor tersebut seolah-olah memberi harapan yang tinggi kepada para pelabur untuk mengaut keuntungan. Namun, selepas program vaksinasi dilaksanakan, sektor ini dilihat tidak mampu menarik minat ramai. 

Global Stock Markets Could Predict Economic Future Post Covid-19

Sektor Teknologi juga dilihat naik dengan mendadak pada tahun 2020 akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan ramai pekerja terpaksa bekerja dari rumah dan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) untuk budak sekolah terpaksa dijalankan di rumah. 

Ketika itu, permintaan untuk peranti seperti komputer riba, tablet, telefon pintar dan data internet semuanya meningkat untuk memenuhi situasi pandemik. Permintaan yang tinggi menyebabkan harga peranti meningkat. Namun hari ini, permintaan kembali berkurang. 

3. Jangkaan Kenaikan Jangka Masa Panjang atau Pendek

Jangan mudah terpedaya dengan kenaikan secara tiba-tiba oleh mana-mana sektor. Kita perlu berhati-hati dalam membuat keputusan sebelum masuk ke dalam mana-mana sektor.

Sebagai contoh, bulan Mei 2021 menunjukkan kenaikan harga dalam sektor besi. 

IRON & STEEL PRODUCT MANUFACTURING/STEELMILL

Persoalan yang perlu ditanya, adakah kenaikan ini merupakan kenaikan jangka masa panjang atau pendek? Ini akan membantu kita memahami situasi semasa sektor ini sebelum membuat sebarang keputusan. 

Apakah sektor ini akan dominan dalam situasi pandemik ini dan bertepatan dengan dasar dan polisi kerajaan? Persoalan ini akan membantu para pelabur untuk membuat keputusan yang lebih bijak dan mengelakkan daripada tersilap langkah. 

4. Risk Appetite

Setiap pedagang dan pelabur mempunyai risk appetite yang berbeza-beza. Ada yang sanggup untuk menghadapi kerugian yang besar dan ada yang tidak. Risiko yang tinggi, pulangannya juga berpotensi untuk jadi tinggi. 

Begitulah kata orang, lain padang lain belalang. Lain orang, lain ketahanan emosinya. Pun begitu, melaburlah dengan menggunakan wang lebihan kerana wang lebihan akan memandu kestabilan emosi. Pertimbangan dalam membuat keputusan adalah jauh lebih baik sekiranya kita menggunakan wang lebihan daripada menggunakan wang yang kita perlukan untuk kehidupan seharian. 

5. Waktu Yang Betul

Memilih waktu yang betul adalah penting sekiranya kita tidak mahu kerugian. Sebagai analogi yang boleh kita kaitkan adalah apabila seseorang menjemput orang ramai datang ke majlis di rumah. Ramai yang datang pada waktu tengah hari, tetapi ada sesetengah lagi yang datang ketika tuan rumah sudah mengemas rumah dan menutup khemah. 

Walaupun terdengar seperti luar jangkaan kita, tetapi dalam pelaburan saham masih ada lagi yang memasuki sesuatu sektor sejurus selepas sektor tersebut selesai membuat kenaikan. Jelas di sini, mereka akan mengalami kerugian dan inilah perkara yang perlu kita hindari. 

Perkara di atas sering terjadi apabila harga telah naik terlalu tinggi dan perasaan ingin membeli itu terdetik di hati. Namun, ketika fasa breakout downtrendline, tidak terasa nak beli, tengok sahaja orang lain beli. Kemudian, breakout resistance with volume, masih menunggu. Tidak lama selepas itu, breakout 52-Week-High masih tidak beli-beli. 

Namun, selepas harga saham membuat kenaikan parabolic, naik tanpa henti dua minggu baru terdetik di hati mereka untuk membeli. Maka, terbeli-lah di puncak tertinggi harga saham. Seelok selepas beli, harga pun menjunam ke bawah. 

Lebih malang, pedagang memasuki kaunter disebabkan oleh sifat tamak tanpa membuat pengurusan risiko ibarat pergi ke majlis ketika semua makanan dah habis. Dah sampai depan rumah kenduri, terjatuh pula ke dalam lopak.

Inilah sedikit sebanyak perkara yang perlu kita fahami bagi membuat persediaan sebelum memasuki sebarang kaunter dalam pelaburan saham. 

Sebagai konklusi, banyak aspek perlu dinilai bagi memastikan modal dagangan kita tidak lebur begitu sahaja. Gunakan teknik yang paling selamat, sesuai dengan kecenderungan dan kemampuan masing-masing. Sifat tergopoh-gapah memasuki pasaran tanpa persediaan bukanlah satu tindakan yang bijak. Semoga kita terlindung daripada kerugian yang sia-sia dan mendapat keuntungan berlipat kali ganda dalam pasaran saham yang penuh gelora.


Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.

Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.

Mulakan sekarang.

Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab


Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :

1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti

Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.

Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Share574ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

9 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In