• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-Campur Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia mencatat prestasi bercampur-campur ketika mengakhiri sesi dagangan awal Rabu ketika aktiviti pengambilan untung dalam kaunter perladangan dan penjagaan kesihatan terpilih terus mengekang peningkatan indeks petunjuk utama, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.41 mata kepada 1,582.78 berbanding 1,581.37 pada akhir dagangan Selasa.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 1.55 mata kepada 1,582.92 serta bergerak dalam jajaran 1,579.08 hingga 1,584.95 sepanjang sesi dagangan awal Rabu.

Sentimen pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 472 berbanding 357 manakala 469 kaunter lain tidak berubah, 855 tidak diniagakan dan 11 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.72 bilion unit bernilai RM1.51 bilion.

Peniaga ActivTrades, Anderson Alves berkata ekuiti Asia susut hari ini selepas Wall Street merosot daripada paras tertinggi sebelum ini manakala minat terhadap risiko terjejas ketika pelabur memberi tumpuan terhadap mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (FOMC) yang dijadual berlangsung pada lewat hari ini.

“Selain itu, China juga dijangka mengumumkan data-data yang kurang memberangsangkan. Para peniaga akan memberi tumpuan terhadap sebarang petunjuk pertumbuhan jualan runcit yang lebih perlahan pada Mei susulan asas lebih tinggi berbanding tahun lepas.

“Bagi data-data pengeluaran perindustrian pula, bulan Mei dijangka memaparkan pengukuhan berterusan namun pada kadar lebih perlahan berbanding bulan sebelumnya.

“Kalangan peniaga akan memberi tumpuan untuk melihat sama ada terdapat perubahan yang dipengaruhi oleh faktor termasuk asas lebih tinggi, operasi kilang-kilang cip (elektronik) pada kapasiti penuh serta kegiatan pembinaan yang lebih memberangsangkan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam pada itu, saham-saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut 1.0 sen kepada RM8.19, Public Bank dan Petronas Chemicals sebaliknya tidak berubah masing-masing pada RM4.21 dan RM8.10 manakala TNB dan CIMB Group meraih 1.0 sen kepada RM9.95 dan RM4.63.

Bagi saham aktif, KNM tidak berubah pada 20.5 sen, DNeX susut setengah sen kepada 88.5 sen, Berjaya Corp berkurangan 2.5 sen kepada 31 sen manakala Serba Dinamik merosot 1.0 sen kepada 67 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas meningkat 0.93 mata kepada 11,568.78 manakala Indeks FBMT 100 naik 4.25 mata kepada 11,251.40 dan FBM ACE sebaliknya susut 17.28 kepada 7,687.64.

Indeks FBM Emas Shariah meraih 16.82 mata kepada 12,728.57 manakala FBM 70 susut 16.52 mata kepada 15,059.64.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 13.44 mata kepada 15,324.91, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.55 mata kepada 193.77 manakala Indeks Perladangan merosot 60.82 mata kepada 6,617.14.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In