• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Minetech Berkembang Ke Dalam Sektor Teknologi Kewangan, Telekomunikasi

in Market Update
A A
Minetech Berkembang Ke Dalam Sektor Teknologi Kewangan, Telekomunikasi

Sumner Gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) — Minetech Resources Bhd, konglomerat perlombongan bahan zarahan kasar terbesar di Malaysia, memperluas aktivitinya ke dalam sektor teknologi kewangan (fintech) dan telekomunikasi.

Minetech menerusi anak syarikat milik penuhnya, Techmile Resources Sdn Bhd (TRSB), memperoleh kontrak daripada ARNN Technologies Sdn Bhd untuk mereka bentuk dan memasang siap pusat data bersepadu.

Kontrak itu diperoleh selepas pengambilalihan TRSB ke atas sebuah firma penyelesaian teknologi kewangan tempatan, Uniqa (M) Sdn Bhd, yang mengkhusus dalam menyediakan beberapa penyelesaian pembayaran, menurut Minetech dalam kenyataan pada Selasa.

Langkah itu bertujuan mengubah TRSB menjadi penyedia penyelesaian teknologi kewangan dari aspek keseluruhan sistem komputer atau aplikasi, di Malaysia.

Pengerusi Eksekutif, Datuk Awang Daud Awang Putera berkata TRSB boleh menjadi penyedia penyelesaian pembayaran serantau dalam tempoh lima tahun akan datang dengan memanfaatkan peluang dan permintaan terhadap perkhidmatan kewangan digital.

“Walaupun menghadapi situasi gangguan pandemik, Minetech merancang untuk mengalihkan tumpuan secara giat kepada sektor teknologi kewangan dan telekomunikasi tahun ini sebagai sebahagian strategi pempelbagaian kami untuk berkembang ke dalam bidang yang mempunyai peluang pertumbuhan besar,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Minetech membeli Uniqa awal tahun ini untuk memanfaatkan kepakarannya dalam pasaran pengiriman wang domestik, yang berkembang 47 peratus kepada RM52.4 bilion pada 2018 daripada RM35.57 bilion pada 2012.

Pada 11 Jun, 2021 Konsep Khas Sdn Bhd, yang 55 peratus kepentingannya dipegang oleh Minetech, meraih kontrak membekalkan, mereka bentuk, membina, menyiapkan, menguji dan mentauliahkan struktur telekomunikasi di bawah Pembekalan Perkhidmatan Universal (USP) dan projek Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di Sarawak menerusi Valsa (Sarawak) Sdn Bhd.

Awang Daud berkata tapak projek itu perlu merangkumi, namun tidak hanya terhad kepada, Sekolah Menengah Kebangsaan Kubong, Sujan Estate, Kampung Danau, Kampung Angus Selatan dan Kampung Kawang.

“Pasaran telekomunikasi domestik mencatatkan pertumbuhan kukuh pada tahun-tahun kebelakangan ini, dan saya menjangkakan aliran ini berterusan dalam beberapa tahun akan datang khususnya dengan pengenalan perkhidmatan 5G di Malaysia,” katanya.

— BERNAMA

Share225ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In