• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, July 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Tinggi Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat semula pada awal dagangan Rabu berbanding penurunan semalam, dipacu oleh pembelian kaunter-kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian terpilih, kata seorang peniaga.

Pada 9.16 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.65 mata kepada 1,583.10 berbanding 1,581.37 pada akhir dagangan Selasa.

Indeks penanda aras itu naik 1.55 mata kepada 1,582.92 sewaktu dagangan dibuka pada pagi ini.

Sentimen pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 224 berbanding 214 manakala 332  kaunter lain tidak berubah, 1,383 tidak diniagakan dan 11 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 569.06 juta unit bernilai RM247.82 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata kalangan pelabur berkemungkinan besar memberi tumpuan terhadap kaunter berkaitan pembungkusan dan plastik susulan peningkatan Produk Maju Disteril (ASP) dalam sektor tersebut berikutan kenaikan harga resin.

Dalam nota penyelidikannya, firma pembrokeran itu berkata sektor tenaga juga dijangkakan mendapat sambutan berikutan kenaikan ketara harga minyak manakala saham-saham teknologi turut diunjur meningkat semula dalam dagangan hari ini.

“”FBM KLCI menyaksikan keadaan turun naik dan ditutup rendah sedikit pada Selasa selepas aktiviti membeli saham berharga rendah pada sesi sebelum ini ketika sentimen kekal berhati-hati menjelang pengumuman Pelan Pemulihan Negara.

“Kami menjangkakan faktor seperti Malaysia membuka semula ekonomi secara berperingkat menjelang September sepertimana diumumkan selain peningkatan ketara kadar suntikan vaksin di negara ini akan dapat melonjakkan sentimen pasaran di peringkat tempatan,” katanya.

Menurutnya, sektor komoditi menyaksikan harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat semula selepas mencatat penurunan manakala harga minyak mentah Brent kekal kukuh melebihi US$73 setong.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank masing-masing naik 1.0 sen kepada RM8.21 dan RM4.22, TNB menokok 6.0 sen kepada RM10, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8.10 manakala IHH Healthcare susut 1.0 sen kepada RM5.56.

Bagi saham aktif, KNM naik setengah sen kepada 21 sen, DNex dan Zelan masing-masing meningkat 1.5 sen kepada 90.5 sen dan 15 sen manakala Berjaya Corp dan Serba Dinamik susut setengah sen kepada 33 sen dan 67.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas menokok 6.73 mata kepada 11,574.58, Indeks FBMT 100 naik 8.04 mata kepada 11,255.19 manakala FBM ACE sebaliknya susut 18.04 mata kepada 7,686.88.

Indeks FBM Emas pula menambah 10.03 mata kepada 12,721.78 namun FBM 70 merosot 3.43 mata kepada 15,072.73.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut  2.23 mata kepada 15,314.46 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.33 mata kepada 194.26 dan Indeks Perladangan merosot 18.75 mata kepada 6,583.62.

— BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In