• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Kupasan 3 Daripada 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mei 2021

in Fundamental Analisis
A A
Kupasan 3 Daripada 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mei 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Kita telah disajikan dengan pelbagai isu dan berita yang menarik sepanjang bulan Mei 2021. Antaranya adalah seperti isu Serba Dinamik dengan juruaudit luarnya iaitu KPMG PLC. Serba Dinamik dilihat masih lagi berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dan mengembalikan keyakinan pelabur terhadap syarikat tersebut. 

Di samping itu, kita juga disajikan dengan berita menarik bagaimana seorang pelabur pelaburan terkenal iaitu Tuan Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham membeli sejumlah besar saham Eka yang berada di ambang penyahsenaraian daripada bursa saham. Beliau membeli saham berstatus PN17  kerana ingin mengambil alih perniagaan dan memulihkan syarikat tersebut.

Kedua-dua saham ini menjadi antara topik panas sepanjang bulan Mei 2021. Bagaimana prestasi saham pilihan anda pada bulan ini? Tekanan jualan amat dirasai pada bulan Mei ekoran pengisytiharan PKP menyeluruh bermula 1 Jun 2021.

Jom lihat Top 10 saham patuh syariah paling rugi Mei 2021.

Sumber: Majalah Labur

Daripada senarai tersebut, kami kupaskan 3 daripada 10 saham patuh syariah paling rugi bulan Mei 2021. Tiga saham tersebut adalah :

  1. Sealink International Berhad (SEALINK) – Sektor Pengangkutan & Logistik
  2. Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) – Sektor Perkhidmatan & Produk Industri
  3. Eka Noodles Berhad (EKA) – Sektor Perkhidmatan & Produk Pengguna

Saham-saham di atas dipilih daripada sektor yang berlainan.

1. Sealink International Berhad (SEALINK) (5145)

Sumber: The Borneo Post

Kumpulan Sealink merupakan sebuah penyedia perkhidmatan bersepadu. Syarikat ini membina, memiliki dan menguruskan operasi pelbagai kapal pengangkutan luar pantai. Sealink menyediakan perkhidmatan terutamanya kepada industri penerokaan dan penghasilan minyak dan gas. Syarikat ini disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia.

Ulasan Mengenai Saham Sealink

  1. Pemegang saham terbesar Sealink adalah syarikat tersebut sendiri iaitu Sealink Holding Sdn Bhd. Selain daripada itu, antara pemegang saham utama syarikat tersebut adalah terdiri daripada barisan pengarah syarikat.

Sumber: Bursa Market Place

  1. Syarikat ini merekodkan kerugian selama 6 tahun berturut-turut sejak tahun 2015 sehingga 2020. 

Sumber: malaysiastock.biz

  1. Kali terakhir Sealink memberi dividen adalah pada tahun 2013. Oleh itu, saham ini tidak sesuai bagi pelabur yang mencari saham yang memberi dividen.
  2. Pada 4 Mei 2021, bearish reversal candlestick pattern iaitu evening star muncul pada carta sebagai petanda trend bakal bertukar arah dari uptrend kepada downtrend.

Sumber: Trading View

  1. Saham tersebut membuat downtrend dan berhenti betul-betul pada garisan Moving Average 200 lalu membuat rebound ke atas semula.
  2. Pelabur harus bijak mengenal pasti bila trend akan bertukar agar kita dapat mengambil keuntungan yang dibuat sebaik sahaja sell signal telah muncul.
  3. Saham Sealink membuat kejatuhan kerana berlakunya pengambilan untung daripada kenaikan yang tinggi tersebut.

2. Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) (9237)

Sumber: SCIB

Sarawak Consolidated Industries Berhad ditubuhkan pada tahun 1975 dan telah berkembang menjadi sebuah syarikat yang besar dan kini telah berjaya disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia. 

SCIB terlibat dengan 3 segmen iaitu segmen pembuatan, hartanah dan pembinaan.

Baca : Kajian CANSLIM Ke Atas Syarikat Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB)

Ulasan Mengenai Saham SCIB

  1. Kejatuhan saham SCIB sebenarnya bukanlah disebabkan prestasi kewangan syarikatnya yang teruk. Malah hakikatnya, fundamental SCIB adalah sangat baik.
  2. Kemerosotan harga saham ini tidak lain tidak bukan kerana isu yang melanda syarikat Serba Dinamik yang terpalit dengan isu audit.
  3. SCIB turut terkena tempiasnya kerana pemegang utama saham SCIB adalah orang yang sama dengan pemilik Serba Dinamik iaitu Dato Abdul Karim. 

Sumber: Bursa Market Place

  1. Selain SCIB, saham Kpower turut dimiliki oleh Dato Karim. Oleh itu, inilah yang dikatakan sebagai mirroring stock yang bermakna kenaikan atau kejatuhan satu saham akan memberi kesan terhadap saham yang lain juga.

Baca : Serba Dinamik Yang Bermasalah, SCIB Dan KPower Kena Tempiasnya

  1. SCIB telah awal membuat downtrend semenjak bonus issue lagi. Setelah SCIB membuat bonus issue, bearish harami telah muncul pada carta menandakan pertukaran trend daripada uptrend kepada downtrend.

Sumber: Trading View

  1. Isu Serbadk baru-baru ini memburukkan lagi keadaan dengan saham ini terus mendapat tekanan jualan.
  2. Kini saham SCIB berada di bawah garisan Moving Average 200 dan ini bermakna saham ini berada pada zon bearish.

3. EKA Noodles Berhad (EKA) (7182)

EKA Noodles merupakan sebuah syarikat pengeluar pelbagai jenis bihun dan sago. EKA mempunyai beberapa kilang di Kedah, Sarawak dan Johor.

Sumber: Eka

Tiga produk utamanya adalah bihun, laksa dan mi segera. Anda mungkin biasa melihat produk-produk ini dijual di pasar raya.

Sumber: Eka

Ulasan Mengenai Saham EKA

  1. Kejatuhan harga saham EKA berpunca daripada status saham EKA yang berstatus PN17.
  2. Saham EKA dikenakan status PN17 oleh Bursa Malaysia kerana kerugian berterusan yang dialami syarikat tersebut.

Sumber:malaysiastock.biz

  1. Pihak Bursa Malaysia telah mengarahkan bahawa saham EKA akan dinyahsenaraikan dari Bursa Malaysia bermula 2 Jun 2021. Kini, saham EKA tidak lagi boleh dijual beli di pasaran saham awam. 

Sumber: malaysiastock.biz

  1. Pihak pengurusan syarikat melepaskan majoriti pegangan dalam syarikat. Pihak pengurusan syarikat yang ingin menyelamatkan wang pelaburan mereka bertindak menjual saham-saham mereka menjelang tarikh saham EKA dinyahsenaraikan.

Sumber: malaysiastock.biz

  1. Pelabur yang membeli saham EKA dan tidak berjaya menjual saham tersebut sebelum hari terakhir saham tersebut berada di Bursa Malaysia akan mengalami kesukaran untuk menjual saham tersebut di masa hadapan.
  2. Pelabur masih lagi menjadi salah seorang pemilik syarikat namun pelabur tidak boleh menjual sahamnya di pasaran awam.
  3. Sebagai seorang pelabur yang bijak, kita seharusnya tahu untuk mengelak daripada terbeli saham berstatus PN17 apatah lagi apabila kita mendapat tahu sesebuah saham tersebut bakal dikeluarkan dari Bursa Malaysia.

Nak Belajar Lagi? Dapatkan Ilmu Asas Dalam Pelaburan Saham

Webinar Senang Saham 3.0 bukan kelas preview tetapi adalah kelas saham intensif selama 3 hari. Ya! 3 hari! Belajar sampai lebam, belajar sampai jadi! Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:

ANALISIS FUNDAMENTAL (FA)
ANALISIS TEKNIKAL (TA)
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER

Dapatkan seat anda sekarang, kerana ada harga promosi menanti di -> https://thekapital.my/senangsaham

Klik Webinar Senang Saham 3.0

Share374ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

12 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

12 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

12 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In