• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

Firma Penyelidikan Positif Dengan KLK, IJM Corp Berikutan Niaga Janji Baharu

in Trading Idea
A A
Firma Penyelidikan Positif Dengan KLK, IJM Corp Berikutan Niaga Janji Baharu

Gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — MIDF Research mengekalkan saranan  “beli” ke atas Kuala Lumpur Kepong Bhd dengan harga sasaran (TP) yang tidak berubah pada RM27.01 selepas kumpulan pembinaan IJM Corporation Bhd (IJM Corp) menerima tawaran tunai RM1.53 bilion untuk keseluruhan sahamnya dalam perniagaan perladangan kelapa sawit minggu lepas.

Firma penyelidikan itu menyatakan harga tawaran RM3.10 sesaham adalah harga yang berpatutan dan niaga janji itu boleh menjuruskan kepada peningkatan pendapatan KLK.

“Risiko menurun ke atas saranan kami termasuk penurunan ketara dalam harga minyak sawit mentah (MSM), permintaan yang lebih rendah daripada jangkaan serta pelaksanaan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat,” katanya dalam catatan hari ini.

Minggu lepas, KLK bercadang mengambilalih keseluruhan kepentingan IJM Corp iaitu 494.87 juta saham dalam IJM Plantations (IJMP) yang mewakili 56.2 peratus kepentingan ekuiti dengan RM3.10 sesaham pada 9 Jun.

Selepas pengambilalihan itu, jumlah kawasan penanaman KLK akan meningkat 28.6 peratus kepada 274,377 hektar, jauh lebih besar daripada rakan setaranya seperti  IOI Corporation dan Genting Plantations, kata MIDF Research.

“Dilihat kepada momentum harga MSM yang kukuh, kami menjangkakan perniagaan perladangan huluan KLK akan terus menyokong pendapatan kumpulan itu.

“Namun begitu, dengan kebangkitan semula kes COVID-19 seluruh dunia serta harga isirung sawit yang lebih tinggi, kami berpendapat prestasi bahagian pembuatan akan terjejas sedikit dan prospeknya akan terus mencabar,” katanya.

 Bagi IJMP, MIDF Research merasakan niaga janji itu adil dan cukup menarik untuk diterima oleh pemegang saham minoriti IJMP.

— BERNAMA

Share262ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

1 year ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

1 year ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

1 year ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In