• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Pulih Kembali Untuk Dibuka Lebih Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia pulih kembali daripada kerugian yang dialami minggu lepas untuk dibuka tinggi pada sesi dagangan awal pagi ini, disokong oleh minat belian diperbaharui membabitkan kaunter produk pengguna terpilih serta penjagaan kesihatan, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.85 mata kepada 1,582.05 daripada 1,575.16 pada penutupan urus niaga Jumaat minggu lepas.

Indeks utama itu dibuka 7.30 mata lebih tinggi pada 1,582.46.

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 307 berbalas 201 manakala 348 kaunter tidak berubah, 1,298 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 698.43 juta unit bernilai RM361.20 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pelabur mungkin akan memberi fokus kepada  mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) yang akan datang serta jumlah dos vaksinasi harian yang diberikan di negara ini.

“FBM KLCI menyusut untuk sesi ketiga berturut-turut (Jumaat lepas) di tengah-tengah sentimen serantau yang bercampur-campur dengan indeks utama merosot ekoran aktiviti pengambilan untung yang berterusan.

“Kami berpendapat sentimen akan tetap menghala ke arah trend penurunan berikutan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh sehingga 28 Jun 2021 kerana kes harian baharu COVID-19 terus melepasi tahap 5,000,” katanya dalam satu nota catatan hari ini.

Mengenai komoditi, Malacca Securities berkata minyak sawit mentah (MSM) mungkin menyaksikan beberapa minat belian susulan penurunan harga komoditi itu baru-baru ini.

“Pelabur (juga) mungkin memberi tumpuan kepada kaunter minyak dan gas dengan harga minyak terus mengukuh melebihi paras US$72 setong. Selain itu, sentimen positif prestasi semalaman Nasdaq akan memanfaatkan saham teknologi di pasaran tempatan,” katanya lagi.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 1.0 sen kepada RM8.19, TNB meningkat 3.0 sen kepada RM9.97, sementara Public Bank dan IHH Heallthcare masing-masing tidak berubah pada RM4.21 dan RM5.48 sementara Petronas Chemicals susut 6.0 sen kepada RM8. 02.

Bagi saham aktif, Priceworth International dan Nexgram masing-masing turun setengah sen kepada 1.5 sen dan 3.5 sen, Tanco tidak berubah pada 15 sen sementara Eden Inc meningkat 2.0 sen kepada 19.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 28.51 mata kepada 11,531.70, Indeks FBMT 100 menokok 25.58 mata kepada 11,212.74 tetapi FBM ACE turun 29.47 mata kepada 7,613.60.

Indeks FBM Emas Syariah pula meningkat 51.32 mata kepada 12,687.65 dan FBM 70 meningkat 27.23 mata kepada 14,961.66.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 11.39 mata kepada 15.241.39 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.03 mata kepada 192.36 dan Indeks Perladangan meningkat 4.17 mata kepada 6,703.66.

– BERNAMA

Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In