• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

MMCCORP Mendapat Minat Belian Pelabur Runcit

in Catalyst
A A
MMCCORP Mendapat Minat Belian Pelabur Runcit
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Baru-baru ini terdapat sebuah saham yang dibekukan buat sementara waktu dan apabila saham tersebut dibuka semula untuk didagangkan, saham tersebut terus membuat limit up. Saham tersebut tidak lain tidak bukan adalah saham MMC Corporation Berhad.

Sumber: MMCCORP

Siapa MMC Corporation Berhad?

MMC Corporation Berhad merupakan peneraju dalam industri utiliti dan infrastruktur. Syarikat ini mempunyai 4 segmen perniagaan iaitu :

  1. Pelabuhan & Logistik
  2. Tenaga & Utiliti
  3. Kejuruteraan
  4. Pembangunan Industri

Sumber: MMCCORP

MMC Corporation Berhad mempunyai banyak projek bertaraf mega di negara ini seperti menguruskan operasi pelabuhan, pembekal gas asli kepada seluruh Semenanjung Malaysia, bertindak sebagai kontraktor utama dalam kerja-kerja bawah tanah bagi projek Klang Valley Mass Rapid Transit (KVMRT), terowong SMART dan banyak lagi.

Antara salah satu kejayaan terkini MMC Corporation adalah apabila MMC Group mengumumkan bahawa syarikat ini telah memulakan transformasi digital utama untuk 5 pelabuhan. 

MMC Group akan bekerjasama dengan Ramco Systems Limited. Transformasi digital ini akan membolehkan semua pelabuhan di bawah MMC menggabungkan pelbagai fungsi sokongan perniagaan iaitu kewangan, sumber manusia, pengurusan aset perusahaan, pengurusan rantaian bekalan dan pengurusan logistik ke dalam satu sistem perancangan sumber perusahaan bersepadu. 

Apa Yang Berlaku?

Plot ceritanya bermula apabila pada tengah hari 3 Jun 2021, saham MMCCORP dibekukan daripada pasaran saham yang bermakna saham ini tidak boleh didagangkan bermula jam 2.30 petang kerana MMC Corporation Berhad akan mengumumkan berita penting.

Sumber: malaysiastock.biz

Pada 3 Jun 2021, harga saham MMCCORP ditutup pada harga RM1.30 sebelum suspension of trading tersebut. Pada ketika itulah bertiup khabar angin ataupun rumours yang mengatakan Tan Sri Syed Mokhtar ingin menjadikan MMC sebagai syarikat persendirian.

Baca : Syed Mokhtar tawar jadikan MMC syarikat persendirian

Beliau telah mengemukakan tawaran untuk menjadikan MMC Corporation Bhd sebagai syarikat persendirian dengan kaedah pengurangan modal terpilih (SCR) yang bernilai RM2.94 bilion atau RM2 sesaham bagi setiap saham biasa dan proses pembayaran balik.

Siapa yang tidak kenal dengan Tan Sri Syed Mokhtar? Beliau merupakan salah seorang individu terkaya di Malaysia dan merupakan usahawan berjaya di Malaysia. Catalyst seperti ini sudah pasti menarik minat pelabur untuk mengambil peluang membuat keuntungan capital gain. 

Hal ini kerana beliau menawarkan untuk membeli saham MMCCORP pada RM2 sesaham sedangkan pada ketika itu harga saham MMCCORP hanyalah RM1.30. Sekiranya pelabur membeli saham ini pada harga RM1.30 dan menjual saham tersebut pada RM2, ROI yang diterima pelabur adalah sebanyak 53.85%.

Pelabur pastinya tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini. Apabila saham MMCCORP dibuka semula untuk didagangkan, saham tersebut terus membuat limit up.

Sumber: malaysiastock.biz

MMCCORP membuat breakout pada 2 Jun 2021. Volume yang tinggi daripada pembeli pada hari tersebut. Pelabur yang berjaya mengesan saham ini ketika ianya membuat breakout tentu telah mendapat pulangan yang baik.

Pada 3 Jun 2021, sekali lagi volume yang tinggi masuk ke dalam saham ini dipercayai daripada pelabur yang mendapat maklumat tersebut lebih awal.

Sumber:Trading View

Kaunter Lain Turut Mendapat Tempias

Sumber: The Edge

Apabila saham MMCCORP telah limit up dan tidak boleh dibeli, saham-saham lain yang dikaitkan dengan Tan Sri Syed Mokhtar turut membuat kenaikan. Antaranya adalah seperti Bina Puri (BPURI), Zelan Berhad (ZELAN) dan Malakoff Corporation (MALAKOF). Zelan berjaya membuat kenaikan sebanyak 22.2%, Bpuri sebanyak 14.3% dan Malakof sebanyak 1.2%.

MMCCORP memiliki fundamental yang baik dan sentiasa membuat keuntungan pada setiap suku.

Harga saham MMCCORP pada 8 Jun 2021 ditutup pada RM1.80 dan harga tersebut dilihat statik di paras tersebut tanpa minat belian yang tinggi. Perbezaannya adalah RM0.20 atau 10% daripada harga yang ditawarkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar. Kesimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa risiko yang sanggup diambil pelabur tempatan adalah 10%.

Maklumat ini adalah bertujuan untuk pendidikan sahaja. Sebarang tindakan ataupun keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share463ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In