• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, meningkat semula berbanding penurunan semalam susulan pengumuman kerajaan untuk memulakan pemvaksinan kepada pekerja dalam sektor ekonomi kritikal di bawah fasa empat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.0 mata kepada 1,584.48 daripada 1,581.48 pada penutupan Rabu.

Indeks itu dibuka 1.87 mata lebih tinggi kepada 1,583.35 hari ini.

Suasana pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 220 kepada 188, manakala 283 kaunter tidak berubah, 1,469 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 472.02 juta unit bernilai RM184.07 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota hari ini berkata pengumuman kerajaan untuk memulakan pemberian vaksinasi kepada pekerja dalam sektor ekonomi kritikal telah mengubah sentimen pelabur kepada nada positif.

“Mengikut sektor, harga minyak sawit mentah (MSM) meneruskan penurunannya, manakala harga minyak mentah kekal tidak berubah pada sekitar US$72 setong.

“Justeru, kami menjangka kaunter pengangkutan dan logistik akan terus mencatatkan prestasi baik di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan,” katanya.

Firma penyelidikan itu berkata, saham bertemakan pemulihan mungkin menjadi tumpuan dalam masa terdekat ini berikutan sentimen pasaran yang lebih baik selepas peningkatan kadar vaksinasi di negara ini.

“Malah, kaunter perladangan mungkin meraih sokongan daripada perjanjian pengambilalihan IJM Plantations,” katanya.

Semalam, Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) mengumumkan cadangannya untuk mengambil alih 494.87 juta saham di IJM Plantations Bhd daripada IJM Corp Bhd pada RM1.53 bilion.

IJM Plantations kemudiannya menjadi satu daripada kaunter untung pagi ini, menokok 53 sen kepada  RM2.99 dengan 3.18 juta saham bertukar tangan, manakala KLK naik 28 sen kepada RM22.04 dengan 53,200 saham diniagakan.

Pada Rabu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 akan bekerjasama dengan anak syarikat tidak berasaskan keuntungan milik Kementerian Kesihatan Malaysia, Protect Health Corporation Sdn Bhd untuk menguruskan pengendalian suntikan vaksinasi kepada sektor itu.

Dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan semalam, Khairy berkata sektor industri yang terlibat ialah pembuatan, eksport, logistik, pengangkutan, tenaga, utiliti dan lain-lain yang berkaitan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.20, Public Bank naik dua sen kepada RM4.22, PetChem meningkat lapan sen kepada RM8.13 dan TNB menokok tiga sen kepada RM9.96.

Bagi saham aktif, Vsolar tidak berubah pada dua sen, Cuscapi menambah 1.5 sen kepada 29 sen dan Managepay turun dua sen kepada 24.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 29.51 mata kepada 11,556.12, Indeks FBMT 100 naik 26.44 mata kepada 11,241.02 dan FBM ACE meraih 31.17 mata kepada 7,698.98.

Indeks FBM Emas Syariah meningkat 41.65 mata kepada 12,710.52 dan FBM 70 mengukuh 55.19 mata kepada 14,958.46.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 6.16 mata kepada 15,289.35, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.58 mata kepada 192.87 dan Indeks Perladangan susut 63.67 mata kepada 6,814.89.

— BERNAMA

Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In