BioNTech SE, mula menjana pendapatan yang positif impak daripada sentimen semasa pasaran
CANSLIM merupakan sebuah kaedah yang diperkenalkan oleh William J. O’Neil untuk pelabur meraih pulangan yang lumayan dalam pelaburan saham ketika pasaran berada dalam keadaan Bullish.
CANSLIM ini merupakan kata-kata kunci untuk kita gunakan bagi menilai kualiti syarikat sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Kali ini, kita akan menggunakan kaedah CANSLIM untuk membantu kita membuat kajian ke atas syarikat BioNTech SE (BNTX).
Baca: Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.N.S.L.I.M
Latar Belakang BioNTech (BNTX)
BioNTech SE merupakan syarikat bioteknologi yang berasal daripada German. Fokus utama perkhidmatan syarikat ini adalah untuk merawat penyakit kronik seperti barah dengan memberikan terapi mengikut kesesuaian pesakit.
Syarikat ini tergolong dalam sektor kesihatan dan juga terlibat dalam pembuatan dan pengedaran vaksin Covid-19 di seluruh dunia.
Nilai pasaran terkini BNTX adalah USD43.66 bilion dan harga seunit saham BNTX adalah sekitar USD192.0.
Jom kita kaji kaunter BNTX ini dengan menggunakan kaedah CANSLIM.
C- Current Earnings BNTX
Salah satu cara untuk kita menilai kualiti pendapatan sesebuah syarikat adalah dengan melihat pertumbuhan perolehan syarikat yang terkini.
Kita boleh mengukur pertumbuhan pendapatan bersih syarikat untuk suku tahunan terkini dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.
Sumber: Investing.com
Keuntungan bersih suku terkini untuk BNTX adalah sebanyak USD366.91 bilion, dan keuntungan bersih syarikat meningkat dengan drastik berbanding suku sebelumnya sebelumnya.
Pertumbuhan pendapatan yang positif ini adalah perkara yang sangat baik kepada syarikat kerana ini menunjukkan bahawa BNTX tidak mempunyai masalah untuk menjana pendapatan. Namun, peningkatan ini mungkin bersifat sementara sahaja. Adakah syarikat ini mampu menjana pendapatan bersih yang positif jika pandemik Covid-19 ini selesai kelak?
A- Annual Earnings BNTX
Seterusnya, kita melihat kepada perolehan syarikat secara tahunan. Kita perlu melihat pendapatan bersih tahunan sesebuah syarikat sebagai kayu ukur prestasi pendapatan tahunan.
Sumber: Investing.com
Pendapatan bersih tahunan BNTX mula menjadi positif pada tahun 2020 setelah 3 tahun berturut-turut BNTX menghadapi kerugian.
BNTX merekodkan keuntungan bersih yang positif pada tahun 2020 sebanyak USD15.2 bilion.
N- News, New High, New Management
News atau berita terkini secara langsung atau tidak langsung mampu menjadi pemangkin kepada sesebuah syarikat.
Harga saham yang tertinggi atau New High yang dicatatkan oleh saham sesebuah syarikat adalah merupakan faktor penting.
Seterusnya, pertukaran pentadbiran syarikat dan pihak pengurusan juga penting dalam menentukan prestasi sesebuah syarikat bagi tempoh jangka masa panjang.
Sumber: Investing.com
Masyarakat dunia mula mendapatkan vaksin untuk mencegah penularan wabak Covid-19 dan antara pembekal terbesar vaksin adalah daripada syarikat Pfizer Inc dan BioNTech SE.
Dengan permintaan vaksin yang meningkat dan permintaan yang tinggi daripada kerajaan seluruh dunia untuk memberi vaksin kepada masyarakat, ianya merupakan pemangkin atau catalyst yang baik untuk syarikat pembekal vaksin seperti BNTX.
S- Supply and Demand
Permintaan dan penawaran jumlah saham di pasaran adalah penting untuk menentukan pergerakan harga sesebuah saham.
Jumlah unit saham yang didagangkan ini menentukan sama ada harga saham itu mudah atau sukar untuk turun naik berdasarkan permintaan semasa.
Justeru, jumlah unit saham BNTX yang didagangkan adalah sebanyak 241 juta unit.
Untuk kita mengetahui sama ada jumlah ini adalah banyak atau tidak, kita perlu membandingkannya dengan syarikat-syarikat pesaing lain yang berada di dalam sektor yang sama.
Sumber: Investing.com
Nota : Jumlah dagangan ini akan sentiasa berubah-ubah mengikut dagangan semasa.
Gambar di atas menunjukkan jumlah dagangan harian BNTX lebih rendah sedikit daripada jumlah purata dagangan saham syarikat ini selama tiga bulan terkini.
Jumlah dagangan yang rendah ini bermakna pelabur belum mula menumpukan perhatian kepada saham syarikat ini.
Namun saham BNTX ini mempunyai sentimen semasa yang baik. Pelabur boleh memerhatikan saham ini untuk mencari entry yang tepat.
L- Leader and Laggard
Leader dan laggard ini adalah untuk kita tentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah industri berkenaan.
Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah leader atau laggard, adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks sektor yang terlibat.
Sumber: Trading View
Pergerakan harga saham BNTX (biru) adalah lebih tinggi berbanding dengan pergerakan indeks S&P 500 (oren) dan indeks Nasdaq (kuning).
Oleh yang demikian, saham BNTX boleh dikategorikan sebagai leader berbanding pesaingnya yang lain yang tersenarai di pasaran saham Wall Street.
Kaedah lain pula adalah dengan membandingkan modal pasaran syarikat ini dengan pesaingnya yang lain.
Jadi, berdasarkan modal pasaran, adakah BNTX masih merupakan leader berbanding syarikat lain di Wall Street?
I- Institutional Investor
Institutional Investor merupakan kumpulan institusi kewangan yang mempunyai modal pelaburan yang besar seperti:
Antara pelabur institusi yang lain adalah seperti Mutual Fund, Bank Pelaburan, Syarikat Takaful/Insurans dan yang lain-lain.
Sumber: Yahoo Finance
Bagi syarikat BNTX, antara pemegang saham utama syarikat ini adalah seperti:-
Institusi pelaburan memegang hampir 14.0% pegangan saham syarikat ini dan lebih daripada 325 pelabur institusi melabur dalam saham syarikat ini.
M- Market Direction
Market direction sangat penting kerana kaedah ini hanya akan berkesan ketika pasaran sedang berada dalam keadaan bullish atau menaik.
Kaedah ini kurang sesuai digunakan ketika pasaran berada dalam fasa menurun.
Sumber: TradingView
Arah pergerakan saham kaunter ini dilihat membuat fasa kenaikan yang berterusan untuk satu tahun terkini.
Kenaikan saham lebih drastik baru-baru ini dipercayai akibat daripada sentimen semasa yang memihak kepada sektor syarikat BNTX.
Kajian di atas adalah contoh cara penggunaan strategi CANSLIM dalam pemilihan saham sebelum kita membuat keputusan untuk melabur ke dalam sesebuah syarikat.
Baca: Kajian CANSLIM Terhadap Saham BIMB Holdings
Kaedah ini digunakan oleh pengurus dana dan juga pelabur-pelabur yang berjaya. Jika mereka juga menggunakan kaedah ini, mengapa tidak kita?
Mulakan Pelaburan Saham di

Nak cuba buat duit USD pula dalam pasaran saham? Wall Street adalah jawapannya.
Ada yang masih kata saham-saham dekat Wall Street MAHAL?
Dengan USD 250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:
- KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
- ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
- EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
- LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
- MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%
Di Wall Street, tiada HAD (limit) keuntungan mahupun kerugian ye. Dan jangan risau, banyak saham patuh syariah yang tersenarai.
Contohnya harga saham syarikat teknologi yang melombong Bitcoin seperti Bit Digital (BTBT) naik melambung sehingga 5,382% pada awal 2021.
Cuma kena lah ingat High Risk, High Return. Jangan sampai No Return pula.
Bakal menemui anda tidak lama lagi, !
Berminat nak jana keuntungan daripada modal yang anda keluarkan?
sekarang!
Segalanya MUNGKIN di Wall Street. Ciptalah peluang anda di sini.
Dapatkan maklumat lanjut di Webinar Saham Wall Street :
Program ini tidak melibatkan dagangan dalam Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)