• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

EWINT & ECOWLD : Potensi Saham Untuk Terus Meningkat?

in Trading Idea
A A
EWINT & ECOWLD : Potensi Saham Untuk Terus Meningkat?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Saham apa nak beli hari ni, ade buy call tak?

Sudah menjadi kebiasaan kepada pelabur yang tercari-cari saham untuk dibeli setiap hari. Ada yang sanggup membayar yuran keahlian untuk dapatkan buy call atau trading idea setiap hari daripada sifu-sifu di media sosial.

Hakikatnya, trading idea ini telah pun diberikan secara percuma daripada broker yang berlesen kepada pelanggan mereka setiap hari.  

Pada 9 Jun 2021, pihak CGS-CIMB telah memberikan dua saham sebagai trading idea kepada pelanggan mereka.

Mari kita lihat dua saham yang disarankan oleh CGS-CIMB berdasarkan analisis teknikal yang dilakukan. 

Eco World International (EWINT)

Eco World International Berhad (EWINT) merupakan syarikat hartanah antarabangsa yang membekalkan perkhidmatan pengurusan kepada Ecoworld Group untuk hartanah di luar negara. 

Antara hartanah yang diuruskan oleh EWINT adalah hartanah di United Kingdom dan Australia. Projek hartanah yang dikendalikan oleh EWINT adalah seperti:

  • London City Island
  • Embassy Gardens
  • Wardian London
  • West Village
  • Parramatta

Berdasarkan kepada harga saham EWINT yang ditutup pada 8 jun 2021, pihak CGS-CIMB memberikan saranan belian berdasarkan analisa teknikal yang dilakukan.

Sumber: CGS-CIMB

Pada 8 Jun 2021, saham ini telah membuat gap up dan telah memecahkan downtrend line yang terbentuk sejak bulan Mac. 

Harga EWINT semalam ditutup tinggi dan telah membuat 52-week high, dijangka akan meneruskan membuat fasa kenaikan pada hari-hari berikutnya.

Indikator MACD juga telah memberi kepastian silangan yang positif keadaan Relative Strength Index (RSI) juga menggambarkan sentimen positif untuk saham ini dalam masa terdekat.

Harga saham ini dijangkakan akan accumulate sekitar RM0.57 hingga RM0.60 dan saranan jualan kerugian adalah pada RM0.53 jika harga saham ini tidak berjaya membuat kenaikan. 

Harga sasaran saham ini pula adalah sekitar RM0.65 hingga RM0.68 sesaham.

Baca: 4 Jenis Breakout Yang Kita Perlu Tahu

Eco World Development Group (ECOWLD)

Eco World Development Group Berhad (ECOWLD) pula merupakan parent company kepada EWINT yang juga merupakan syarikat sektor hartanah di Malaysia. 

ECOWLD mempunyai simpanan tanah seluas 8,000 hektar dan beroperasi di tiga wilayah ekonomi dengan 20 projek pembangunan yang sedang dijalankan seperti:

  • Perumahan taman
  • Bangunan komersial bersepadu
  • Pangsapuri mewah
  • Taman perniagaan hijau

Antara taman yang popular yang diusahakan oleh EcoWorld adalah seperti Eco Sanctuary, Eco Business Park 1 dan juga Eco Grandeur. 

CGS-CIMB juga telah memberikan saranan belian terhadap saham ini berdasarkan analisa teknikal yang dilakukan pada 8 Jun 2021. 

Sumber: CGS-CIMB

Pihak CGS-CIMB menyatakan bahawa minat belian terhadap saham ini dilihat kembali dengan pembentukan bullish flag sejak dua bulan yang lalu. 

Saham ini juga telah membuat uptrendline sejak 20 November yang lalu dan membetuk reversal candlestick hammer di atas garisan EMA 50.

Indikator MACD telah membuat golden gross dan RSI juga dilihat sedang membuat kenaikan yang berterusan. Kedua indikator ini menunjukkan saham ini masih dikawal oleh pembeli. 

Pihak CGS-CIMB menyarankan pelabur untuk membeli ketika harga saham ini sedang accumulate dan membuat pullback. 

Stop loss yang disarankan jika harga saham ini gagal meneruskan kenaikan adalah pada RM0.62 atau apabila harga berada di bawah garisan EMA 50.

Harga saham ini disasarkan akan naik sekitar RM0.72 sehingga RM0.755 sesaham jika minat belian berterusan. 

Walaupun pihak CGS-CIMB dah belanja trading idea seperti diatas, pelabur dinasihatkan untuk melakukan kajian dengan lebih terperinci dan memilih saham mengikut tahap penerimaan risiko masing-masing. 

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share705ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

1 year ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

1 year ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

1 year ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In