Anda sudah bersedia untuk menghadapi total lockdown yang kedua?

Saya faham semua orang kini dalam dilema mengenai pengisytiharan PKP menyeluruh yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Ianya berkuatkuasa 1 Jun dan akan berlangsung selama 14 hari.
Sesetengah orang menyokong tindakan ini kerana khuatir dengan peningkatan jumlah kes harian Covid-19. Sebahagian lagi terutamanya peniaga kecil mungkin kurang bersetuju dengan total lockdown kerana ia akan memberi kesan terhadap pendapatan mereka.
Betul, bukan mudah bagi pihak kerajaan untuk membuat keputusan tersebut.
Baca : Kerajaan umum ‘total lockdown’ bermula 1 Jun
Namun apa yang penting sekarang adalah keselamatan dan kesejahteraan semua orang. Sekiranya kemelut kesihatan ini semakin reda, semoga kita semua akan dapat menjalani kehidupan seharian kita seperti dulu.
Apa pula kesannya kepada pasaran saham? Jika kita melihat kembali sejarah PKP 1.0 yang lepas, pasaran saham pada awalnya jatuh dengan teruk kerana berlakunya panic selling. Tidak lama selepas itu kesemua saham tersebut membuat reversal kerana pelabur telah mengambil peluang di atas harga saham yang berada di paras diskaun.
Bagaimana pula dengan PKP menyeluruh kali ini? Sektor manakah yang akan mendapat impak positif dari PKP menyeluruh ini? Mari kita lihat beberapa contoh sektor yang sebaliknya akan mendapat impak positif dari PKP ini.
1. Sektor Pengangkutan & Logistik
Sektor ini tidak asing lagi kepada para pelabur kerana prestasi saham-saham di dalam sektor ini merekodkan prestasi yang baik. Kenapa sektor pengangkutan & logistik mendapat impak positif?
PKP kali ini adalah sama seperti PKP yang pertama. Semua orang dikerah untuk duduk di rumah kecuali sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja. Sekiranya semua orang berada di rumah dan tidak boleh keluar untuk membeli barangan, mereka cenderung untuk membeli-belah di atas talian.

Barangan tersebut pula perlu dihantar oleh syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan logistik & penghantaran ini. Contoh syarikat dari sektor ini adalah seperti GDEX dan Pos Malaysia.
2. Sektor Kesihatan
PKP penuh dilaksanakan kerana krisis kesihatan semakin teruk dan tindakan segera perlu dilakukan untuk memutuskan rantaian virus ini. Statistik harian kita sahaja telah menunjukkan jumlah kes yang meningkat setiap hari.
Apabila semakin ramai orang sakit, maka semakin ramai yang akan terlantar di hospital. Persoalannya, adakah katil hospital kita cukup untuk menampung pesakit yang bertambah setiap hari? Sudah tentu tidak cukup.
Salah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang terlibat dalam pembuatan katil bagi tujuan perubatan adalah LKL International Bed.

Banyak lagi syarikat-syarikat lain yang terlibat secara langsung dengan sektor kesihatan, antaranya syarikat yang terlibat dalam penghasilan sarung tangan. Syarikat-syarikat pengeluar sarung tangan kita merupakan pengeluar sarung tangan terbesar dunia. Antaranya adalah seperti Top Glove, Hartalega dan Supermax.
Pada pandangan anda, adakah permintaan terhadap sarung tangan semakin meningkat untuk menjalankan swab test dan merawat pesakit Covid-19 ini?
3. Sektor Produk & Perkhidmatan Pengguna
Satu lagi sektor yang boleh dikatakan tidak terjejas teruk dengan PKP penuh ini adalah sektor produk & perkhidmatan pengguna. Antara subsektor di bawah sektor pengguna adalah seperti makanan & minuman, barangan rumah, barangan kegunaan peribadi, dan produk pertanian.

Apabila orang ramai lebih banyak meluangkan masa di rumah, maka kita akan lebih cenderung untuk memasak dan makan dengan lebih banyak. Situasi ini akan menyebabkan permintaan terhadap produk makanan & minuman meningkat dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan syarikat yang terlibat.
4. Sektor Utiliti
Meskipun kebanyakan sektor diarahkan untuk menutup operasi, tetapi sektor utiliti merupakan salah satu sektor yang dibenarkan beroperasi. Orang ramai sudah tentunya masih memerlukan bekalan air, elektrik dan gas untuk meneruskan kehidupan seharian.
Baca : Semua sektor ekonomi tak dibenarkan kecuali 17 perkhidmatan

Tanpa keperluan asas ini, bagaimana kita hendak menjalani kehidupan seharian?
Syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan berkaitan dengan utiliti dijangka tidak mengalami perbezaan ketara di dalam pendapatan syarikat. Sektor ini juga boleh dianggap sebagai sektor defensif kerana kalis kegawatan ekonomi.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




