• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pagi ini berikutan kemunculan kegiatan membeli semasa harga saham murah dengan diselangi oleh aktiviti pengambilan untung.

Pada jam 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 0.69 mata atau 0.04 peratus kepada 1,579.14 daripada 1,578.45 penutupan Jumaat minggu lepas.

Indeks utama dibuka 2.99 mata lebih tinggi pada 1,581.44.

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 285 berbalas 132 sementara 279 kaunter tidak berubah, 1,444 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah 344.42 juta saham bernilai RM165.35 juta.

Menurut Malacca Securities, dengan mengambil petunjuk daripada pergerakan mendatar di Wall Street, pelabur mungkin tidak memasuki pasaran dan pada masa sama terus memantau indeks pengeluaran perindustrian Malaysia yang dijadual diumumkan pada Jumaat dan keputusan kadar faedah Bank Pusat Eropah pada hari Khamis.

“Juga, kami turut menjangkakan sentimen akan terus lemah untuk saham teknologi kerana Presiden AS Joe Biden telah memperluas senarai syarikat China yang dilarang membuat pelabuaran di AS.

“Dari segi komoditi pula, harga minyak sawit mentah dan minyak Brent diramal mengalami penurunan sedikit,” katanya.

Firma penyelidikan itu menambah kaunter pengangkutan dan logistik pula mungkin kekal fokus berikutan lonjakan kukuh pada Khamis lepas dan kaunter-kaunter ini seharusnya mempamerkan prestasi baik di bawah persekitaran COVID-19.

Kaunter pengangkutan dan logistik mencatat kenaikan tertinggi hari ini, meningkat 2.18 peratus.

“Selain itu, kami mengunjurkan sektor berkaitan kimia akan kekal menarik.

“Juga, dengan kes COVID-19 yang kain mereda, saham bertemakan pemulihan patut diberikan tumpuan,” tambah firma itu lagi.

Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.18, Public Bank, IHH dan CIMB masing-masing dua sen lebih tinggi pada RM4.22, RM5.32 dan RM4.47, sementara PetChem turun enam sen kepada RM8.02 dan Press Metal merosot dua sen kepada RM5.19.

Bagi kaunter aktif, Hibiscus meningkat 10 sen kepada 75.5 sen, NWP naik satu sen kepada 19.5 sen dan Serba Dinamik turun empat sen kepada 72.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 22.76 mata pada 11,540.56, Indeks FBMT 100 menambah 16.73 mata kepada 11,222.31, Indeks FBM Emas Syariah naik 11.84 mata kepada 12,740.14, FBM ACE menokok 6.09 mata kepada 7,806.39 dan FBM 70 memperoleh 68.09 mata kepada 15,008.00.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 44.99 mata kepada 15,189.67, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.20 mata kepada 193.18 dan Indeks Perladangan naik 24.30 mata kepada 6,794.10.

Bursa Malaysia Bhd dan anak-anak syarikatnya ditutup semalam (Isnin) sempena cuti umum Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

— BERNAMA

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In