“Betul ke boleh buat duit RM100 sehari dengan saham?”

Saya percaya ramai yang mula melibatkan diri dalam saham untuk mencari wang tambahan. Ketika ramai yang terkesan akibat daripada kegawatan ekonomi, pastinya dapat wang tambahan banyak membantu mengharungi kehidupan. Mereka yang tidak terkesan juga mengambil peluang yang ada supaya ada backup plan.
Persoalannya, adakah kita boleh mendapat pulangan yang konsisten setiap bulan?
Sekiranya anda boleh mendapat pulangan sekitar 10% sebulan, itu sudah dianggap sangat baik.
Mungkin ada juga yang meletakkan sasaran untuk menjana sekurang-kurangya RM100 sehari.
Boleh ke? Jawapannya boleh dan tiada yang mustahil. Malah anda juga boleh mendapat pulangan lebih daripada itu sekiranya anda mempunyai modal yang besar.
Ingat semua ini hanya boleh dilakukan sekiranya anda mempunyai ilmu pelaburan yang betul terlebih dahulu.
Baca: Step by Step Pilih Winning Stocks Anda
Nak tahu bagaimana caranya membuat RM100 sehari dalam pelaburan saham? Jom kami kongsikan
1. Watchlist
Perkara pertama yang harus dilakukan adalah membuat watchlist sendiri. Watchlist ini penting untuk memudahkan kita memantau saham-saham yang kita telah senarai pendek.
Apabila saham tersebut mula membuat kenaikan, mudah untuk kita memantau pergerakan harga saham tersebut. Tips untuk membuat watchlist adalah anda boleh pecahkan mengikut sektor.
Sebagai contoh, saya telah membuat watchlist untuk saham-saham sektor besi.

Saham-saham di atas adalah saham daripada sektor besi dan menjalankan perniagaan berkaitan besi dan bahan pembinaan.
Kenapa watchlist saham sektor besi?
Jika kita lihat sejak kebelakangan ini, sektor besi mula mendapat perhatian para pelabur kerana kenaikan harga besi secara mendadak. Apabila harga besi meningkat naik, sudah tentu syarikat yang menjalankan perniagaan berkaitan besi turut akan mampu menjana lebih banyak perolehan dan keuntungan.
Kenapa saham ANNJOO?
Di antara semua saham-saham dalam watchlist tersebut, saya perhatikan “Market Depth” saham ANNJOO tidak setebal saham-saham besi yang lain ketika itu. Maksudnya adalah, tidak ramai pelabur yang meletakkan order pada “Ask Quantity”. Ia menjadikan ANNJOO lebih volatile dan harga saham ANNJOO mudah untuk membuat pergerakan.
Selain daripada itu, saham ANNJOO turut dilihat berpotensi untuk membuat breakout pada hari tersebut. Namun, saham tersebut tidak dibeli pada harga yang lebih murah pada hari tersebut kerana selagi saham tersebut belum membuat breakout, tiada jaminan yang saham ini akan mampu melepasi paras rintangan.
Takut nanti tersangkut di puncak, dan harga saham akan turun semula.
2. Teknik Buy on Breakout

Perkara seterusnya yang dilakukan adalah menunggu sehingga saham ini berjaya membuat breakout barulah membuat keputusan.
Teknik Buy on Breakout ini mudah dan digunapakai pelabur dan pedagang saham tersohor di seluruh dunia.
Pada 7 April 2021 yang lalu, terdapat volume yang besar mula memasuki saham ANNJOO ketika itu. Ini menandakan minat belian semakin meningkat. Saham ANNJOO akhirnya membuat breakout with volume sekitar jam 3 petang.
Teknik Buy on Breakout ini nampak berhasil apabila saham ini meneruskan kenaikan selepas itu. Saham ini tidak memerlukan masa yang lama untuk meneruskan kenaikan dan saham ANNJOO berjaya memberi pulangan RM100 hanya sejam selepas pembelian saham ini.

Gambar rajah di atas adalah portfolio hasil membuat keuntungan sebanyak 4.83% hanya dalam masa sejam. Ini membuktikan teknik Buy on Breakout turut membolehkan sesiapa untuk menjana keuntungan RM100 hanya dalam sejam. Modal yang digunakan untuk membeli saham ANNJOO ini juga tidaklah begitu besar, hanya RM2,000 lebih sahaja.
Jom baca: Untung RM9,000 Dengan Teknik Buy on Breakout
Barang yang lepas jangan dikenang. Peringatan kepada pembaca yang budiman, nama saham yang dinyatakan di dalam artikel ini bukanlah satu saranan belian melainkan sekiranya saranan yang dikeluarkan oleh pihak broker.
3. Petikan daripada CGS-CIMB mengenai saham ANNJOO
Laporan yang dikeluarkan oleh broker CGS-CIMB meletakkan saranan beli terhadap saham ini dengan berdasarkan analisis teknikal. ANNJOO telah berjaya memecahkan bullish triangle pattern yang terhasil selama 6 minggu. Breakout ini memberi bayangan bahawa saham ini berpotensi untuk meneruskan uptrend. Saham ini dilihat semakin menghampiri paras 52-weeks high.

Baca laporan penuh di sini: CGS-CIMB
Apa kata anda juga cuba membuat watchlist sendiri mengikut sektor dan industri. Siapa tahu anda juga akan berjaya membuat keuntungan RM100 sehari.
Selamat mencuba!
Peringatan : Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda. Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)