• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

6 Produk Yang Didagangkan Di Bursa Malaysia

in Asas Saham
A A
6 Produk Yang Didagangkan Di Bursa Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Bagi para pelabur tempatan, pasti ramai yang sudah kenal dengan nama Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia atau yang dulunya dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), merupakan tempat urusan jual beli saham syarikat di kalangan pelabur.

Umpama kita pergi ke pasar basah untuk melakukan transaksi jual beli ayam, ikan dan sayur-sayuran; pasaran saham pula merupakan tempat untuk kita melakukan transaksi jual beli saham ini.

Sebelum kita tengok apakah produk yang ada di Bursa Malaysia, jom kita berkenalan dengan Bursa Malaysia terlebih dahulu.

Sejarah Bursa Malaysia

Bursa Malaysia ditubuhkan pada tahun 1930 dan dikenali sebagai Persatuan Broker-Broker Saham Singapura. Pada awalnya, ia menjadi pertubuhan rasmi sekuriti di Tanah Melayu.

Pada tahun 1937, ia didaftarkan semula sebagai Persatuan Broker Saham Tanah Melayu. Pada Mei 1960, Bursa Saham Tanah Melayu telah ditubuhkan dan perdagangan saham awam bermula.

Oleh kerana terpisahnya Singapura dan Malaysia, Bursa Saham Tanah Melayu dipecahkan kepada dua iaitu Bursa Saham Kuala Lumpur Berhad (KLSEB) dan Bursa Saham Singapura (SES). Syarikat-syarikat di Malaysia terus disenaraikan di KLSEB manakala syarikat di Singapura disenaraikan di SES.

Sumber: Malay Mail

Peranan Bursa Malaysia

Antara peranan Bursa Malaysia adalah seperti berikut:

  • Menyediakan kemudahan dah peraturan bagi urusniaga saham di Malaysia.
  • Mempertingkatkan kemudahan bagi tujuan peningkatan perdagangan dan perindustrian pelaburan di Malaysia.
  • Menyediakan tempat pasaran bagi meningkatkan modal perniagaan dengan jual beli sekuriti yang disenaraikan.
  • Menyediakan maklumat saham kepada pelabur
  • Menyediakan perkhidmatan yang berkaitan urusan pelaburan serta mewujudkan minat pelabur dan orang awam terhadap pasaran sekuriti

Sekarang jom lihat produk-produk yang didagangkan di Bursa Malaysia.

Sumber: Bursa Malaysia

1. Saham

Saham merupakan hak pemilikan di dalam sesebuah syarikat. Sekiranya kita membeli saham syarikat, kita merupakan sebahagian daripada pemilik syarikat tersebut.

Saham merupakan produk yang popular dan yang paling banyak dijual beli oleh pelabur kerana prosesnya mudah. Sekiranya anda telah mempunyai akaun CDS dan modal pelaburan, maka anda boleh mula membeli saham.

2. Waran Syarikat

Waran syarikat biasanya dikeluarkan oleh syarikat dan memberikan hak kepada pemegang waran, tetapi bukan obligasi untuk melanggan saham biasa yang baru pada harga tertentu dalam tempoh masa yang tertentu.

Pelabur boleh memilih untuk membeli waran kerana harga waran yang lebih murah berbanding saham induk. Pada kebiasaannya, sekiranya saham induk adalah berstatus syariah, maka waran juga adalah patuh syariah.

3. Waran Berstruktur

Waran berstruktur berbeza dengan waran syarikat kerana waran syarikat diterbitkan oleh pihak ketiga iaitu broker atau institusi kewangan yang memberikan hak tersebut.

Waran berstruktur boleh dikeluarkan ke atas aset pendasar pada harga tertentu dalam tempoh masa yang terhad.

Terdapat dua jenis waran berstruktur iaitu call warrant dan put warrant.

4. Dana Didagangkan Bursa (Exchange Traded Fund)

ETF merupakan dana pelaburan terbuka yang disenaraikan dan didagangkan dalam pasaran saham. Ia menggabungkan ciri-ciri dana indeks dan saham.

Terdapat tiga jenis ETFs iaitu ETFs ekuiti, ETFs komoditi dan ETF pendapatan tetap. ETFs ini terdiri daripada kumpulan saham, bon atau komoditi berasaskan suatu indeks.

Kelebihan melabur di dalam ETF adalah:

Kepelbagaian

Satu transaksi sahaja membolehkan pelabur mendapat pendedahan kepada kelompok sekuriti seperti saham, bon atau komoditi.

Kos rendah

Yuran pengurusan ETF adalah lebih rendah berbanding dengan amanah saham.

Mudah diniagakan

Transaksi jual beli ETF boleh dilakukan di Bursa Malaysia sama seperti saham. Pembelian saham boleh dilakukan secara dalam talian atau melalui broker saham.

Ketelusan

Senarai konstituen ETF dikemas kini setiap hari di laman web ETF yang disediakan oleh pengurus ETF.

Oleh itu, pelabur boleh tahu dengan tepat saham ataupun aset yang dipegang oleh sesuatu ETF.

Dengan memegang unit di dalam ETF, pelabur boleh mendapat pendedahan daripada rantau geografi, pasaran, industri atau sektor, komoditi seperti emas atau minyak, atau gaya pelaburan spesifik seperti pertumbuhan atau nilai.

5. Amanah Pelaburan Hartanah (REITs)

Pelabur mempunyai pilihan alternatif melabur di dalam REITs dengan hanya membayar sejumlah kecil daripada harga hartanah yang sebenar.

Kini, pelabur mempunyai pilihan untuk melabur dalam harta tanah komersial berskala besar yang berkualiti tanpa perlu membeli harta tersebut secara langsung, menawarkan aliran pendapatan yang stabil dan hasil pengagihan pendapatan yang menarik. Dana dan harta tanah dalam REIT diuruskan oleh pengurus profesional yang bertauliah

6. Dana Tertutup (Closed-End Fund)

Dana tertutup atau closed-end fund merupakan sebuah syarikat tersenarai yang melaburkan dananya ke dalam saham syarikat yang lain.

Syarikat closed end fund mempunyai bilangan saham terbitan yang tetap dan tidak berubah. Harganya akan turun naik mengikut nilai aset bersih syarikat tersebut dan keadaan pasaran.

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share680ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

10 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In