• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Positif

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama)  — Urus niaga di Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih positif seiring dengan harga-harga saham Asia yang lain, dirangsang oleh aktiviti kilang yang semakin baik di negara-negara seperti China.

Prestasi di bursa tempatan turut didorong oleh keputusan dicapai  Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan rakan bukan OPEC yang bersetuju untuk secara beransur-ansur mengurangkan pengeluaran di tengah jangkaan permintaan minyak mentah yang lebih tinggi.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.58 mata atau 0.54 peratus kepada 1,594.48 daripada 1,585.90 ketika ditutup pada urus niaga petang Selasa.

Indeks utama dibuka 0.43 mata lebih rendah pada 1,585.47 – paras terendah setakat hari ini — sebelum meningkat kepada setinggi 1,596.08 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 637 berbalas 344 manakala 392 kaunter tidak berubah, 761 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 4.20 bilion unit bernilai RM2.16 bilion.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd, trend menaik semalam dijangka berterusan ke hari ini berdasarkan kepercayaan bahawa dana asing akan memasuki Asia.

“Kami maklum yang dana asing adalah pembeli bersih semalam dan menjangkakan indeks meningkat dalam julat antara 1,585-1,595 hari ini,” katanya dalam satu nota hari ini.

Sementara itu, seorang peniaga berkata data kilang yang memberangsangkan di China dilihat dapat menyokong permintaan luaran Malaysia dan mengatasi sebarang kelemahan dari sudut permintaan dalam negeri.

“Kami mengunjurkan momentum semasa akan bertahan selama seminggu urus niaga ini dengan syarat dos vaksinasi harian dapat kekal melepasi 90,000 sehari,” katanya kepada Bernama.

Aktiviti kilang di China agak perlahan pada bulan Mei berbanding bulan sebelumnya kerana permintaan eksport yang lebih lemah dan harga komoditi yang tinggi.

Namun begitu, sektor bukan pembuatan negara itu disokong oleh perbelanjaan pembinaan dan percutian yang lebih kukuh.

Hampir semua 30 saham berwajaran tinggi berkaitan indeks diniagakan lebih tinggi pada sesi dagangan tengah hari.

Axiata dan RHB yang akan mengumumkan kerjasama mereka dalam waktu terdekat ini, menyaksikan saham mereka meningkat, masing-masing sembilan sen kepada RM3.81 dan 14 sen kepada RM5.44.

CIMB menambah tujuh sen kepada RM4.52 dan Digi.Com meningkat enam sen pada RM4.29.

Saham paling untung, F&N meningkat lapan sen kepada RM27, Hong Leong Industries naik 43 sen kepada RM10.32 dan Dutch Lady lebih tinggi 40 sen kepada RM34.50.

Bagi saham cergas pula, Serba Dinamik naik tiga sen kepada 86.5 sen dan Vortex meningkat satu sen kepada 11 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 81.66 mata kepada 11,597.57 dan Indeks FBMT 100 meningkat 73.96 mata kepada 11,292.08.

Indeks FBM Emas Syariah pula naik 76.35 mata kepada 12,829.03, FBM 70 mengukuh 149.36 mata kepada 14,949.33 dan FBM ACE untung 1.96 mata kepada 7,719.11.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 120.74 mata kepada 15,205.64, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 1.65 mata kepada 192.90 dan Indeks Perladangan 10.51 mata lebih baik pada 6,842.44.

– BERNAMA

Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In