• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Serba Dinamik Holdings Akan Muktamadkan Pelantikan Firma Bebas

in Catalyst
A A
Untung Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM148 Juta Pada Suku Ketiga

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Serba Dinamik Holdings Bhd merujuk kepada laporan mengenai penamatan KPMG PLT sebagai juruaudit luar kumpulan dan cadangan pencalonan BDO PLT sebagai juruaudit luar yang baharu seperti yang diumumkan di Bursa Malaysia pada 28 Mei 2021. 

Dalam satu kenyataan hari ini syarikat itu menjelaskan ia telah menerima notis khas daripada pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif Datuk Abdul Kadier Sahib serta ahli jawatankuasa audit dan risiko untuk menamatkan khidmat KPMG sebagai juruaudit luar kumpulan.

Pada masa yang sama, Serba Dinamik juga ingin mengetengahkan hak mana-mana pemegang saham yang memiliki lebih daripada 10 peratus kepentingan dalam kumpulan, mengikut Seksyen 310 (b) Akta Syarikat 2016, untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM). 

Sementara itu, Seksyen 311 (2) Akta Syarikat 2016 membenarkan pemegang saham tersebut meminta lembaga pengarah mengadakan EGM melalui pengeluaran notis.

Satu notis khas dikehendaki untuk melaksanakan satu usul bagi mencadangkan penamatan juruaudit berkenaan dan mencalonkan juruaudit baharu kumpulan mengikut Seksyen 277 (1) Akta Syarikat.

”Berdasarkan peruntukan di atas, Abdul Kadier yang memiliki 15.96 peratus kepentingan dalam kumpulan, mempunyai prerogatif untuk mengeluarkan notis khas bagi membuat EGM dan menggerakkan usul untuk mengakhiri khidmat juruaudit serta mencalonkan yang baharu,” katanya.

Serba Dinamik menjangkakan pemuktamadan pelantikan firma bebas itu dengan secepat mungkin dan akan memberikan firma bebas yang dilantik dengan tempoh yang mencukupi masa dan ruang bagi mengesahkan perkara-perkara yang dibangkitkan dengan ketepatan dan kebenaran.

Kumpulan itu menegaskan, dalam usahanya untuk terus membantu KPMG, telah mengambil tindakan segera bagi menangani perkara-perkara sebelum pengumuman dibuat kepada Bursa Malaysia pada 26 Mei 2021.

Serba Dinamik juga telah melibatkan firma bebas antarabangsa yang berpotensi untuk menilai ketersediaan dan ketepatan perkara yang ditimbulkan oleh juruaudit luar selepas berunding dengan Bursa Securities.

— BERNAMA

Share317ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In