• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

PKP Menyeluruh Bermula 1 Jun 2021. Adakah Sejarah Akan Berulang?

in Berita
A A
PKP Menyeluruh Bermula 1 Jun 2021. Adakah Sejarah Akan Berulang?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Umum mengetahui Malaysia sekarang berada dalam ‘Total Lockdown’ di seluruh negara bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021. Lockdown menyeluruh ini melibatkan penutupan sektor sosial dan ekonomi di seluruh negara. 

Sudah tentu ramai yang akan terkesan dengan pelaksanaan lockdown menyeluruh ini kerana banyak sektor atau industri terpaksa ditutup untuk beberapa minggu. Walaubagaimanapun, saya percaya pihak kerajaan juga terpaksa melaksanakannya bagi membendung wabak ini daripada terus merebak.

Sumber: Astro Awani

Masih ingatkah anda apa yang terjadi pada PKP 1.0 yang lalu? 

PKP 1.0 yang lalu dilaksanakan pada 18 Mac 2021. Bermula dari awal tahun 2020 lagi, indeks FBM KLCI telah mula menampakkan tanda-tanda awal kejatuhan. 

Apabila Perdana Menteri mengumumkan total lockdown beberapa hari sebelum itu, kejatuhan indeks FBM KLCI menjadi semakin parah diikuti dengan beberapa siri gap down. 

Sumber: Trading View

Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan PKP berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid-19.

Paras terendah FBM KLCI ketika itu dicatatkan pada 19 Mac 2020 dengan 1,219.72 mata.

Sumber: investing.com

Apakah yang terjadi setelah lockdown tersebut?

Sumber: Trading View

Yang menariknya, dua hari selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, pasaran saham Bursa Malaysia mula membuat reversal dan pelabur mula memasuki ke dalam pasaran semula. 

Sepanjang bulan Mac sehingga Julai, ramai pelabur berjaya membuat keuntungan yang tinggi kerana majoriti saham membuat kenaikan yang mendadak. 

Perkara yang kita ingin tahu adalah adakah situasi PKP pada kali ini akan mengulangi PKP yang terdahulu? Tiada siapa yang tahu apa yang benar-benar akan terjadi pada pasaran saham. 

Namun ketika PKP 1.0 yang lalu, kita dapat lihat  para pelabur dan pedagang berpusu-pusu masuk ke dalam pasaran dan Bursa Malaysia menjadi semakin meriah dengan kehadiran pelabur runcit. 

Setiap hari ada sahaja rekod baru yang direkodkan di Bursa Malaysia. Sebagai contoh,  jumlah dagangan di Bursa Malaysia mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah Bursa Malaysia pada 18 Mei 2020.

Sumber: Facebook Asri Ahmad Academy

Hal ini kerana para pelabur terpaksa bekerja dari rumah dan mempunyai banyak masa untuk mengkaji pasaran saham. Oleh itu, tidak mustahil untuk kita jangkakan yang situasi ini mungkin akan berlaku lagi ketika PKP 3.0 ini.

Kerancakan Bursa Malaysia adalah sesuatu yang dirindui kerana kita mengharapkan pasaran saham terus uptrend dan bukannya downtrend.

Dari sisi lain, pasaran saham mungkin juga tidak semeriah PKP sebelum ini kerana PKP kali ini adalah merupakan total lockdown yang kedua dilaksanakan. Bilangan kes kali ini juga adalah jauh lebih besar jika dibandingkan tahun lepas yang hanya sekitar 200 kes sehari. 

Kes harian terkini telahpun mencecah sebanyak 7000-8000 kes sehari. Maksudnya di sini adalah kita dapat menjangka bilangan ini akan terus meningkat. Apabila bilangan ini semakin meningkat, ia bermakna semakin ramai orang yang tidak boleh bekerja tetapi sebaliknya dirawat di pusat kuarantin. 

Seterusnya, ekonomi negara pastinya akan lumpuh dan memberi kesan kepada semua orang secara tidak langsung. Kebanyakan syarikat tersenarai mungkin akan menerima impak dan kesannya akan diterjemahkan pada pendapatan syarikat.

Pelabur mungkin akan memilih untuk menyimpan reserve cash sebagai langkah berjaga-jaga untuk berdepan sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Adakah pasaran akan kembali meletup seperti dulu sekiranya pelabur lebih bersifat berhati-hati dan tidak melabur ke dalam pasaran? Jawapannya mungkin tidak. 

Untuk saat-saat getir seperti ini, sesetengah pelabur akan beranggapan bahawa wang simpanan adalah sangat penting untuk menghadapi sebarang kemungkinan kehilangan pekerjaan, masalah membayar komitmen dan banyak lagi.

Maka tidak mustahil akan berlaku panic selling dalam kalangan pelabur kelak. Nasihat kepada anda adalah jaga portfolio anda dan yang mana dah untung boleh take profit dan boleh cut loss sekiranya telah mencecah paras cut loss.

Ke manakah hala tuju FBM KLCI sekiranya pasaran saham terus merudum?

Sumber: Trading View

Sekiranya lockdown ini mendapat respons negatif daripada pelabur, FBM KLCI dijangka akan membuat penurunan dan menuju ke paras support iaitu pada 1,550-1,560 mata.

Support ini akan cuba menahan FBM KLCI daripada terus jatuh ke bawah. Namun sekiranya support tersebut juga gagal menahan kejatuhan tersebut, FBM KLCI akan terus menuju ke paras psikologi 1,500 mata.

Dapatkan Ilmu Asas Dalam Pelaburan Saham

Adakah anda seorang yang:

✅ Tiada asas pelaburan saham

✅ Nak mula melabur saham tapi kurang yakin

✅ Dah pernah belajar tentang saham, tapi dah lupa ilmu di kelas sebelum ini

✅ Belum jumpa teknik yang sesuai dengan diri

✅ Tidak tahu masa terbaik untuk beli saham

✅ Tidak faham membaca chart

✅ Tiada panduan dalam melabur saham

Jika ANDA tergolong dalam salah satu daripada perkara di atas, jangan risau!

Webinar Senang Saham 3.0 dapat membantu anda dengan kelas intensif selama 3 hari.

Ya! 3 hari! Belajar sampai lebam, belajar sampai jadi! Ada duit tapi tanpa ilmu, tiada gunanya.

Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:

ANALISIS FUNDAMENTAL

ANALISIS TEKNIKAL

SENTIMEN

TRADING PLATFORM

SCREENER

Haa! Habis kelas ni, anda tak ragu-ragu lagi!

Dapatkan seat anda sekarang, kerana ada harga promosi menanti di -> https://thekapital.my/senangsaham

Klik Webinar Saham 3.0

Share380ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In