• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Pakej Rangsangan PEMERKASA+ Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pagi ini dengan sentimen dirangsang oleh pengumuman pakej rangsangan PEMERKASA+ semalam bagi membantu perniagaan dan rakyat tatkala negara memasuki fasa sekatan pergerakan penuh hari ini.

Pada jam 9.01 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata atau 0.15 peratus kepada 1,585.93 daripada 1,583.55 pada penutupan urus niaga Isnin.

Indeks utama dibuka 2.19 mata lebih tinggi pada 1,585.74.

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 200 berbalas 102 manakala 226 kaunter tidak berubah, 1,605 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 246.80 juta unit bernilai RM96.78 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen pasaran mungkin dibantu oleh pakej rangsangan PEMERKASA + yang diumumkan semalam menjelang perintah kawalan pergerakan penuh.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada lewat Isnin mengumumkan pakej rangsangan PEMERKASA Plus bernilai RM40 bilion dengan dengan tiga matlamat utama iaitu mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin dan menyokong kelangsungan perniagaan.

“Pelabur mungkin melihat minat membeli dalam sektor penting/perlu yang dapat beroperasi semasa tempoh PKP. Bagi komoditi, harga minyak sawit mentah jatuh di bawah paras RM4,000 sementara harga minyak naik melepasi US$69 setong, ” kata firma broker itu dalam satu nota.

Ia berkata dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara, peniaga turut dijangka memberi fokus kepada sektor-sektor seperti saham pengangkutan dan logistik, pembungkusan dan pengguna penting.

“Selain itu, peniaga mungkin menyaksikan kegiatan membeli ketika harga saham murah di tengah-tengah harga minyak yang lebih tinggi berikutan penurunan ketara semalam. Dalam pada itu, tema berkaitan vaksin juga akan semakin meningkat selepas kerajaan berusahan mempercepat kemajuan vaksinasi, ”kata Malacca Securities.

Sementara itu, Rakutan Trade Sdn Bhd berpendapat pasaran serantau akan kekal bercampur-campur hari ini.

“Di pasaran domestik, berikutan reaksi spontan semalam berikutan pengumuman sekatan pergerakan penuh, kami percaya pasaran akan kembali pulih hari ini, Justeru, kami menjangkakan FBM KLCI cenderung diniagakan dalam julat 1,590-1,600 hari ini, ”katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun empat sen kepada RM8.14, Public Bank susut satu sen kepada RM4.20, PetChem dan IHH masing-masing naik lima sen kepada RM8.10 dan RM5.35.

Saham rugi utama lain termasuk BAT yang merosot 56 sen kepada RM15.20, Serba Dinamik turun 33.5 sen kepada 79.5 sen dan Hexza Corp lebih rendah sebanyak sembilan sen pada RM1.06.

Bagi saham cergas pula, Sunzen menambah empat sen kepada 29 sen, Focus Dynamics naik satu sen kepada 55 sen sementara Tanco tidak berubah pada 14.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 16.35 mata kepada 11,512.16 dan Indeks FBMT 100 meningkat 17.06 mata kepada 11,215.65.

Indeks FBM Emas Syariah menambah 18.10 mata kepada 12,791.01, FBM 70 meningkat 23.33 mata kepada 14,786.23 dan FBM ACE naik 52.67 mata kepada 7,733.93.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan memperoleh 22.91 mata kepada 15,032.71, Indeks Perladangan naik 2.27 mata kepada 6,884.67 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri 0.47 mata lebih baik pada 191.33.

– BERNAMA

Share219ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In