Pernah tak anda terfikir mengapa sesetengah syarikat yang tersenarai di Wall Street mempunyai dua saham? Sesetengah saham tersebut ada yang dinamakan sebagai Class A dan Class B.
Salah satu contoh adalah saham Google. Google mempunyai dua saham di pasaran Wall Street iaitu saham Class A (GOOGL) dan Class C (GOOG). Kedua-dua harga saham ini juga sudah tentunya berbeza.
Setakat 14 Mei 2021, saham Class A Google berharga USD2,278.38 manakala saham Class C Google berharga USD2,316.16.
Baca : GOOG or GOOGL: Which Stock Do You Buy? (GOOG, GOOGL)
Bagi kes saham Google, syarikat ini menerbitkan dua kelas saham kerana usaha pengasas-pengasas syarikat Google iaitu Sergey Brin dan Larry Page serta ketua pengarah eksekutif syarikat, Eric Schmidt untuk mengekalkan kawalan terhadap syarikat sebanyak mungkin.
Sumber: Wired
Oleh itu, syarikat tersebut menerbitkan saham Class A, Class B dan Class C. Saham Class A dan Class C diapungkan di pasaran saham awam manakala saham Class B dimiliki oleh barisan pengarah syarikat dan tidak ditawarkan kepada orang awam.
Sumber: CFI
Apa Itu Dual Class?
Saham Dual Class terjadi apabila syarikat menerbitkan dua kelas saham. Struktur kelas saham dual ini boleh terdiri daripada Class A dan Class B. Saham-saham ini boleh berbeza dari sudut hak untuk mengundi di mesyuarat agung tahunan (AGM) dan pembayaran dividen kepada pemegang saham.
Sumber: ETF Database
Kebiasaannya apabila beberapa kelas saham diterbitkan sebuah syarikat, salah satu kelas saham akan ditawarkan kepada orang awam dan kelas yang seterusnya ditawarkan khas kepada pengasas syarikat dan barisan pengarah yang mempunyai majoriti pengaruh di dalam syarikat.
Populariti struktur saham dual class semakin meningkat terutamanya dalam kalangan sektor teknologi.
Sumber: Bloomberg
Segelintir pihak yang menyokong struktur ini memberi pendapat bahawa struktur ini membolehkan pengasas dan eksekutif syarikat menetapkan hala tuju syarikat. Oleh kerana kedudukan mereka dalam syarikat, mereka mempunyai kuasa yang cukup untuk membuat keputusan yang memihak kepada keberlangsungan jangka masa panjang dan keuntungan syarikat.
Selain itu, sekiranya pengasas syarikat memiliki lebih banyak hak mengundi membolehkan mereka mengekalkan kawalan terhadap syarikat dan menggagalkan sebarang cubaan pengambilalihan yang mungkin berlaku.
Walaubagaimanapun, terdapat juga kontroversi mengenai struktur saham dua kelas ini. Segelintir pihak mengkritik struktur dual class ini kerana berpendapat bahawa struktur ini membolehkan sekelompok kecil pemegang saham memiliki hak yang sangat istimewa dalam syarikat. Hak pemilikan ini memberikan mereka kawalan yang besar sementara majoriti pemegang saham masih menyediakan sebahagian besar modal syarikat.
Oleh itu, pengagihan risiko dianggap tidak seimbang dan lebih memihak kepada pengasas syarikat dan eksekutif syarikat.
Contoh Saham Lain Yang Menerbitkan Dua Kelas Saham
Berkshire Hathaway (BRK.A dan BRK.B)
Majoriti saham Berkshire Hathaway dimiliki oleh Warren Buffet. Para pelabur yang ingin membeli saham Berkshire Hathaway terdapat dua pilihan iaitu : Class A (BRK.A) dan Class B (BRK.B).
Perbezaan utama kedua-dua saham ini adalah harga saham tersebut. Berkshire Hathaway Class A adalah jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan Berkshire Hathaway Class B.
Setakat 14 Mei 2021, saham BRK.A adalah setinggi USD437,259.98 manakala BRK.B berharga USD290.68.
Sumber: Trading View
Sejarah penerbitan BRK.B adalah apabila sekitar lebih 20 tahun yang lalu, terdapat permintaan terhadap saham Berkshire Hathaway namun harganya terlampau mahal pada ketika itu. Maka, Warren Buffet telah menerbitkan sebanyak 517,500 saham Class B yang ketika itu ditawarkan pada harga 1/30 daripada harga Class A.
Antara objektif utama penerbitan saham Class B adalah untuk membolehkan pelabur membeli secara terus saham Berkshire Hathaway tanpa perlu melalui unit trust atau mutual fund untuk mendapatkan saham itu.
Perbezaan seterusnya adalah Warren Buffet telah menekankan bahawa saham BRK.A tidak akan membuat pecahan saham (stock split) untuk mengekalkan nilai saham BRK.A yang sangat tinggi nilainya. Berbeza dengan BRK.B, saham kelas ini pernah melalui pecahan saham pada tahun 2010.
Untuk pengetahuan anda, saham Berkshire Hathaway adalah tidak patuh syariah. Penulisan ini hanya sebagai tujuan pembelajaran dan perkongsian.
Dapatkan Ilmu Asas Dalam Pelaburan Saham
Adakah anda seorang yang:
✅ Tiada asas pelaburan saham
✅ Nak mula melabur saham tapi kurang yakin
✅ Dah pernah belajar tentang saham, tapi dah lupa ilmu di kelas sebelum ini
✅ Belum jumpa teknik yang sesuai dengan diri
✅ Tidak tahu masa terbaik untuk beli saham
✅ Tidak faham membaca chart
✅ Tiada panduan dalam melabur saham
Jika ANDA tergolong dalam salah satu daripada perkara di atas, jangan risau!
Webinar Senang Saham 3.0 dapat membantu anda dengan kelas intensif selama 3 hari.
Ya! 3 hari! Belajar sampai lebam, belajar sampai jadi! Ada duit tapi tanpa ilmu, tiada gunanya.
Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER
Haa! Habis kelas ni, anda tak ragu-ragu lagi!
Dapatkan seat anda sekarang, kerana ada harga promosi menanti di -> https://thekapital.my/senangsaham
Klik Webinar Saham 3.0