Saham SCIB dan KPower jatuh lebih daripada 10% dalam masa sehari
Pada 27 Mei 2021, Serba Dinamik Berhad telah memberi maklum balas terhadap perkara yang dibangkitkan oleh juruaudit luar mereka iaitu KPMG LTD berhubung dengan audit tahunan syarikat tersebut yang berakhir pada 31 Disember 2020.
Sumber: Bernama
Datuk Dr Ir Mohd. Abdul Karim Abdullah, yang merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik menyatakan bahawa pihak pengurusan telah mengambil tindakan segera untuk menangani perkara yang dibangkitkan oleh juruaudit sebelum ianya diumumkan kepada Bursa Malaysia pada 26 Mei 2021.
Pihak Bursa Malaysia telah menggantung dagangan saham Serba Dinamik pada 27 dan 28 Mei 2021 dan mengekalkan harga saham ini pada RM1.61 seunit.
Walaupun saham syarikat ini telah dibekukan daripada dagangan, para penganalisa pasaran kebanyakannya telah menurunkan saranan mereka terhadap saham ini.
Apa Kata Penganalisa Pasaran Terhadap Saham Serba Dinamik?
Atas faktor isu audit Serba Dinamik yang masih tergantung, para penganalisa pasaran kebanyakannya telah menukar saranan mereka terhadap saham syarikat ini.
AmInvestment Bank misalnya, telah meletakkan saranan daripada belian kepada jualan terhadap saham Serba Dinamik disebabkan oleh isu yang berbangkit ini. Harga sasaran saham ini diturunkan daripada RM2.40 sebelum ini, kepada RM1.26.
Pihak penyelidik pasaran daripada Kenanga Research pula merendahkan gred saham ini daripada outperform sebelum ini kepada underperform dan harga sasaran terhadap saham Serba Dinamik turun kepada RM0.95 sesaham berbanding sebelumnya, RM2.80.
TA Research juga telah menurunkan harga sasaran mereka kepada RM1.70 berbanding RM2.10 sesaham.
Hanya pihak Citi Research yang masih mengekalkan saranan belian mereka terhadap saham Serba Dinamik atas faktor pihak mereka percaya bahawa fundamental syarikat tidak terjejas dengan isu yang berbangkit ini.
Kenapa Saham SCIB dan KPower Terkesan Dengan Masalah Serba Dinamik?
Selepas berita tentang Serba Dinamik ini keluar, harga saham Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) dan KPower Berhad (KPower) terjejas teruk dengan penurunan lebih daripada 13% dalam masa sehari. Bagi saham harga atas RM1.00, penurunan ini dikira sangat ketara.
Namun, apa yang menyebabkan saham SCIB dan KPower terkesan daripada berita tentang Serba Dinamik?
Kaitan Terhadap Serba Dinamik, SCIB dan KPower
Sumber: Bursa Marketplace
Kaitan antara ketiga-tiga syarikat ini adalah pemegang saham utamanya iaitu Datuk Dr Ir Mohd. Abdul Karim Abdullah.
Datuk Dr Ir Mohd. Abdul Karim Abdullah memiliki pegangan lebih daripada 30% terhadap syarikat SCIB dan KPower sementara pegangan pemilikan terhadap Serba DInamik adalah lebih daripada 20%.
Datuk Dr Ir Mohd. Abdul Karim Abdullah merupakan pemegang utama ketiga-tiga syarikat ini, dan ini merupakan antara faktor yang menyebabkan saham SCIB dan KPower terkesan dengan berita tentang Serba Dinamik.
Walaupun kita sedia maklum bahawa ketiga-tiga syarikat ini mempunyai latar belakang dan daripada sektor yang berbeza, namun harga saham syarikat ini terkesan disebabkan ianya dimiliki oleh individu yang sama.
Ibarat cubit paha kiri, paha kanan turut terasa.
Pada hari yang sama isu Serba Dinamik ini dibangkitkan, pihak pengurusan KPower telah mengumumkan bahawa syarikat mereka tiada kena mengena dengan Serba Dinamik, namun pengumuman itu tidak berjaya menyelamatkan harga saham syarikat ini daripada terus jatuh.
Baca: Kajian CANLSIM Terhadap Syarikat Sarawak Consolidated Industries Berhad
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?
Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM