Saham D&O dijangka akan terus naik disebabkan oleh perkembangan positif aktiviti perniagaan syarikat

2021 merupakan tahun yang dikatakan menguntungkan kaunter-kaunter syarikat yang berkaitan dengan kenderaan elektrik. Mana-mana syarikat yang mengeluarkan produk atau menyediakan servis yang berkaitan dengan kenderaan elektrik telah pun mencatatkan kenaikan. Antara syarikat yang menjadi hot counter baru-baru ini adalah syarikat Dominant Opto Technologies Sdn Bhd atau dikenali sebagai D&O. Pasti ramai yang ingin tahu tentang syarikat ini, bukan? Mari kita kupas satu per satu fakta yang menarik tentangnya.
1. D&O Sebenarnya Merupakan Anak Syarikat Kepada Dominant Opto Technologies Sdn Bhd Yang Merupakan Pengeluar Produk Surface Mount (SMT) Light-Emitting Diodes (LEDs) Antarabangsa Dalam Dunia Industri Automotif.
Surface Mount (SMT) adalah teknologi yang berkaitan dengan kaedah yang digunakan untuk meletakkan komponen elektronik di atas papan litar elekttronik. Produk LED mereka telah berkembang ke seluruh dunia dan antara negara menjadi pelanggan D&O adalah China, Amerika Syarikat, Jepun, Eropah, Korea Selatan dan India.
Syarikat ini menyediakan pelbagai pakej produk LED dan menjenamakan produk mereka di bawah nama “DOMINANT”, yang mana LED mereka termasuklah luar dan dalam pencahayaan automotif.
Fasiliti pengeluaran produk D&O terletak di Batu Berendam Free Trade Zone, Melaka. Pusat fasiliti D&O bertaraf AEC-Q102 atau lebih mudah dikatakan sebagai kualiti produk mereka mencapai standard antarabangsa.
Sumber: malaysiastock.biz
2. Syarikat Ini Telah Mengeluarkan Quarter Report Yang Terbaru Pada Bulan Februari 2021 Yang Lalu. Seperti Yang Telah Saya Nyatakan Tahun Ini Merupakan Tahun Keuntungan Besar Untuk Sesetengah Syarikat Berkaitan Produk Automotif, D&O Mencatat Keuntungan Dan Keuntungan Bersih Tertinggi Pada Suku Keempat Disember 2020.
Keuntungan yang dicatatkan adalah RM209 juta manakala keuntungan bersih berjumlah RM30 juta. Pada suku yang sama, D&O turut merekodkan kenaikan Quarter on Quarter (Q-o-Q) sebanyak 106% dan juga peningkatan Year over Year (Y-o-Y) sebanyak 119%.
Disebalik kenaikan dan peningkatan keuntungan mereka ini, D&O juga tidak terkecuali mengalami kerugian sewaktu pandemik berlaku. Walaupun kita lihat pada suku terkini terdapat peningkatan, tetapi D&O mencatatkan kerugian sebanyak 14% dan prestasi mereka agak lemah pada awal 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlaku.
Hal ini mengakibatkan penurunan permintaan penjualan kereta. Ternyata selepas setengah tahun 2020, kebanyakan syarikat cuba memulihkan bisnes mereka termasuklah D&O dan keuntungan mereka meningkat 14.2% kepada RM575 juta.
Sumber: malaysiastock.biz
3. Sekarang Kita Akan Teliti Highlights Kewangan Tahunan Bagaimana Pencapaian D&O. Kita Dapat Lihat Dengan Jelas Syarikat Ini Mempunyai Kenaikan Daripada Tahun Ke Tahun Dengan Cara Yang Amat Konsisten.
Walaupun pada tahun 2020 berlakunya kejatuhan ekonomi yang agak dahsyat akibat pandemik Covid-19, tetapi syarikat ini tetap konsisten meningkat dalam keuntungannya. Maka kita dapat tengok dengan jelas bahawa D&O merupakan syarikat dengan Fundamental yang stabil dan kukuh.
Sumber: malaysiastock.biz
4. Setelah Melihat Prestasi D&O Yang Baik Daripada Segi Quarter Report Dan Annual Earnings, Banyak Jangkaan Yang Melaporkan Permintaan Kepada LED Dalam Automotif Akan Terus Meningkat.
Pada masa yang sama, kita dapat lihat ekonomi negara dan dunia sedang pulih dan kemungkinan penggunaan produk automotif juga akan meningkat. Kajian daripada Kenanga Research menjangkakan D&O akan menutup tahun 2021 (FY21) juga dengan peningkatan yang baik untuk Y-o-Y mereka.
Terkini, pencapaian penjualan kereta di China sedang meningkat dalam masa 10 bulan secara konsisten semenjak penurunan kes Covid-19 pada Mei 2020.
Penjualan kereta di China naik sehingga 410% untuk Y-o-Y dengan 1.16 juta unit yang terjual. Permintaan yang meningkat ini kebanyakan daripada penggunaan kenderaan utiliti sukan dan kenderaan crossover.
5. Publicinvest Research Melaporkan D&O Merancang Untuk Mengembangkan Kapasiti Syarikatnya Sebanyak 20% Hingga 30% Per Tahun Untuk 5 Tahun Akan Datang. Dalam Laporan Publicinvest Research Juga D&O Bukan Sahaja Mengembangkan Kapasitinya Sahaja Tetapi Margin Syarikat Ini Juga Telah Memulih Dengan Adanya Penjualan Produk LED Yang Terbaru.
Produk terbaru ini juga berpotensi untuk mencapai 5 ke 10 kali ganda berbanding produk yang sedia ada. Dengan projek yang terbaru, kapasiti mereka dijangka meningkat sebanyak 2 kali ganda pada tahun 2025 dan perkembangan sebanyak 160% lebih banyak berbanding tahun 2020.
D&O dijangka menaikkan kadar keuntungan mereka daripada 8% – 9% kepada 12%. Mereka banyak membuat produk yang sangat dekat dengan trend market.
Quarter Report terbaharu adalah tertinggi kerana permintaan produk D&O yang banyak seperti lampu belakang TFT, pemasangan LED interior yang mana produk tersebut banyak digunakan pada masa sekarang.
Pada masa akan datang, produk automotif ini akan lebih pelbagai untuk produk kenderaan pandu sendiri.
6. D&O Dikatakan Mempunyai Usaha Yang Sangat Tinggi Untuk Mengeluarkan Produk Yang Lebih Inovatif Dan Usaha Mereka Untuk Mengembangkan Syarikat Pada Peringkat Antarabangsa Kita Dapat Lihat Semakin Membuahkan Hasil.
Antara perancangan mereka yang dalam proses ialah:
- Meningkatkan kapasiti penjana produk sebanyak 25% pada Jun 2021.
- Mengeluarkan lebih banyak produk automotif Smart LED selepas pengkomersialan 2 produk Smart LED. Projek Smart LED ini dijangka akan meningkatkan 10% keuntungan pada tahun 2025
- Mengeluarkan produk luaran (exterior) yang canggih pada tahun 2023.
Dengan semua usaha yang dilakukan oleh syarikat ini, kita jelas dengan konsistensi syarikat ini menyebabkan syarikat ini masih dapat mencapai keuntungan yang sihat walaupun dilanda krisis kejatuhan ekonomi.
Kenanga Research menjangkakan harga saham D&O akan meningkat kepada RM5.50.
Sumber: tradingview
7. Seterusnya Kita Akan Mengkaji Carta Harga D&O Saham Daripada Segi Market Direction. Pada Asasnya Market Direction Terdapat Tiga Jenis Iaitu Uptrend, Downtrend Dan Sideway.
Daripada gambar carta saham yang kita dapat lihat ini harga D&O sedang membuat major uptrend yang sihat. Dengan adanya catalyst dan news yang telah dinyatakan tadi, kebanyakan kajian menjangkakan harga D&O akan terus meningkat. Sekali lagi diingatkan, ini hanyalah kajian untuk pendidikan dan bukannya buy atau sell signal.
Dapatkan Ilmu Asas Dalam Pelaburan Saham
Adakah anda seorang yang:
✅ Tiada asas pelaburan saham
✅ Nak mula melabur saham tapi kurang yakin
✅ Dah pernah belajar tentang saham, tapi dah lupa ilmu di kelas sebelum ini
✅ Belum jumpa teknik yang sesuai dengan diri
✅ Tidak tahu masa terbaik untuk beli saham
✅ Tidak faham membaca chart
✅ Tiada panduan dalam melabur saham
Jika ANDA tergolong dalam salah satu daripada perkara di atas, jangan risau!
Webinar Senang Saham 3.0 dapat membantu anda dengan kelas intensif selama 3 hari.
Ya! 3 hari! Belajar sampai lebam, belajar sampai jadi! Ada duit tapi tanpa ilmu, tiada gunanya.
Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER
Haa! Habis kelas ni, anda tak ragu-ragu lagi!
Dapatkan seat anda sekarang, kerana ada harga promosi menanti di -> https://thekapital.my/senangsaham
Klik Webinar Saham 3.0



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)