• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Serba Dinamik Beri Maklum Balas Kepada KPMG Berhubung Audit Berkanun Tahunan

in Catalyst
A A
Untung Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM148 Juta Pada Suku Ketiga

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) — Penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu global, Serba Dinamik Holdings Bhd telah memberi maklum balas kepada perkara yang dibangkitkan oleh juruaudit luarannya, KPMG PLT berhubung audit berkanun tahunannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik Datuk Dr Ir Mohd. Abdul Karim Abdullah berkata pihak pengurusan telah mengambil tindakan segera untuk menangani perkara tersebut dengan lebih awal, sebelum pengumuman dibuat kepada Bursa Malaysia pada 26 Mei, 2021.

“Kami tidak menukar struktur perniagaan kami dengan ketara sejak tawaran awam permulaan pada 2017 dan telah bekerjasama dengan KPMG, yang juruauditnya telah mengetahui mengenai operasi kami, sejak 2013.

“Pihak pengurusan mengetahui bahawa kami telah menjalankan perniagaan kami secara profesional,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Karim berkata Serba Dinamik telah mendapatkan firma bebas antarabangsa yang berpotensi untuk menilai ketepatan perkara yang dikemukakan oleh KPMG selepas berunding dengan Bursa Securities.

“Masa adalah penting memandangkan kami perlu menyediakan laporan tahunan kumpulan untuk penerbitan pada 31 Okt, 2021, selepas menukar tahun kewangan kami berakhir kepada 30 Jun,” katanya.

Beliau berkata audit untuk tahun kewangan 2020 mempunyai cabarannya, berdasarkan impak daripada pandemik COVID-19 ke atas pasaran di lebih 20 negara yang terdapat operasi kumpulan.

“Ini memberikan cabaran untuk memuktamadkan penyata kewangan. Kami dalam proses memuktamadkan terma-terma pelantikan firma bebas dan dijangka untuk mengesahkan pelantikan tersebut secepat mungkin,” katanya.

Mohd Karim berkata Serba Dinamik akan memberi masa dan ruang kepada firma bebas yang akan dilantik untuk mengesahkan perkara itu dengan tepat dan benar.

“Kami akan memaklumkan dengan segera sebarang perkembangan secara telus,” katanya.

— BERNAMA

Share243ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

12 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

12 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

12 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In