• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Dibuka Rendah Namun Kemudiannya Meningkat

in Market Update
A A
Bursa Dibuka Rendah Namun Kemudiannya Meningkat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah, namun kemudiannya meningkat seiring kenaikan yang dilihat di pasaran serantau berikutan sentimen pelabur yang didorong peningkatan semalaman Wall Street.

Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) adalah 2.03 mata atau 0.13 peratus, mengukuh pada 1,573.85 daripada 1,571.82 pada penutupan Isnin.

Indeks itu dibuka 2.82 mata lebih rendah kepada 1,569.0.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 253 kepada 189, manakala 234 kaunter tidak berubah, 1,526 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 430.08 juta unit bernilai RM168.16 juta.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.3 peratus kepada 3,135.48, Nikkei Jepun naik 0.6 peratus kepada 28,539.54 dan Indeks Hang Seng Hong Kong 0.17 peratus lebih tinggi kepada 28,461.50.

Walaupun meningkat sewaktu dibuka, Malacca Securities Sdn Bhd mengingatkan bahawa aktiviti pengambilan untung mungkin berlaku menjelang cuti Hari Wesak esok.

“Kami menjangkakan jumlah dagangan yang lebih sederhana hari ini dengan paras sokongan dikesan pada 1,555-1,565, manakala rintangan pada 1,600, diikuti 1,620,” katanya dalam satu nota.

Sementara itu, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata “tiada apa yang benar-benar berubah” selepas indeks utama meningkat semula semalam berikutan beberapa aktiviti belian semasa harga rendah.

“Kami yakin indeks itu ke arah jajaran sempit pada 1,565-1,575 hari ini,” katanya dalam nota berasingan.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank dan IHH masing-masing meningkat tiga sen kepada RM4.19 dan RM5.20, Petronas Chemicals menokok enam sen kepada RM7.98, Tenaga naik satu sen kepada RM9.95, manakala Maybank tidak berubah pada RM8.34.  

Bagi saham aktif, Progressive Impact menambah empat sen kepada 18 sen, Privasia Technology menokok satu sen kepada 27 sen, manakala Tanco susut setengah sen kepada 14.5 sen dan Ucrest dan Sanichi berkurangan 1.5 sen masing-masing kepada 42 sen dan lapan sen.

Kaunter paling untung MPI melonjak 54 sen kepada RM37.70 manakala kaunter paling rugi Nestle turun 30 sen kepada RM135.50.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 19.36 mata kepada 11,472.41 dan Indeks FBMT 100 menokok 17.31 mata kepada 11,159.71.

Indeks FBM Emas Syariah menokok 22.78 mata kepada 12,764.52,  FBM 70 naik 34.29 mata kepada 14,827.38, manakala FBM ACE turun 1.86 mata kepada 7,832.75.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 22.61 mata kepada 14,898.82, Indeks Perladangan naik 5.37 mata kepada 6,936.90 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.74 mata kepada 191.63.

— BERNAMA

Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In