• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama)  —  Dagangan di Bursa Malaysia bangkit kembali daripada kerugian yang dicatatkan minggu lepas untuk dibuka lebih kukuh pada urus niaga pagi Isnin dengan para pelabur menarik nafas lega selepas mengetahui kebanyakan perniagaan dan kilang dibenarkan beroperasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) yang diperketatkan.

Pada 9.06 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 3.34 mata atau 0.21 peratus kepada 1,565.51 daripada 1,562.17 pada penutupan Jumaat minggu lepas.

Indeks utama dibuka lebih tinggi sebanyak 1.61 mata kepada 1,563.78. 

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 353 berbalas 120, sementara 251 kaunter tidak berubah, 1,478 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 328.47 juta bernilai RM148.83 juta.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu telah mengumumkan sekatan tambahan untuk memperketat prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0 melalui dua strategi, iaitu arahan bekerja dari rumah (WFH) dan mengehadkan waktu operasi perniagaan berkuat kuasa 25 Mei untuk seluruh Semenanjung dan Labuan.

Beliau berkata ini bertujuan untuk mengurangkan pergerakan orang ramai dan sekali gus dapat mencegah penyebaran COVID-19 yang lebih serius.

Dengan SOP lebih ketat dilaksanakan di kawasan yang lebih luas di negara ini, Malacca Securities Sdn Bhd pula menjangkakan sentimen perdagangan yang lemah untuk minggu urus niaga yang singkat ini memandangkan pasaran akan ditutup pada Rabu sempena sambutan Hari Wesak.

Sementara itu, menurut Rakuten Trade Sdn Bhd, FBM KLCI telah kehilangan sekitar 30 mata sejak awal Mei, dan tidak ada pemangkin pembelian.

“Meskipun demikian, kami menjangkakan indeks akan melonjak sedikit dan berlegar antara paras 1,560-1,570,” katanya dalam nota berasingan.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank menambah lima sen kepada RM8.29, Public Bank naik satu sen kepada RM4.16, Tenaga kukuh dua sen pada RM9.92 sementara Petronas Chemicals dan IHH tidak berubah, masing-masing pada RM7.90 dan RM5.20 .

Bagi saham cergas, Grand-Flo naik 3.5 sen kepada 64 sen, Privasia Technology meningkat satu sen kepada 18.5 sen, LKL 1.5 sen lebih tinggi pada 41.5 sen, Focus Dynamics naik setengah sen kepada tujuh sen, sementara Hiap Teck kekal pada 50.5 sen.

Saham paling untung Pharmaniaga, melonjak 37 sen kepada RM4.40 sementara Widetech yang paling kerugian, menyusut 30 sen pada RM2.70.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 40.79 mata kepada 11,376.82 dan Indeks FBMT 100 menambah 34.53 mata kepada 11,076.75.

Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 53.30 mata kepada 12,661.33, FBM ACE meningkat  68.90 mata kepada 7,693.77 dan FBM 70 mengembang 87.92 mata kepada 14,624.58.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 53.15 mata kepada 6,952.67, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.32 mata kepada 188.62 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 38.71 mata kepada 14,806.71.

– BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In