• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Lemah Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia lemah ketika dibuka untuk urus niaga pagi ini didorong oleh perasaan bimbang dalam kalangan pelabur kemungkinan sekatan pergerakan yang lebih ketat akan dilaksanakan bagi membendung penularan jangkitan COVID-19.

Pada jam 11 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 4.48 mata kepada 1,570.84 daripada 1,575.32 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 5.89 mata lebih tinggi pada 1,569.43. 

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 363 berbalas 187 manakala 281 kaunter tidak berubah, 1,381 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 574.60 juta bernilai RM275.39 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, kegiatan membeli ketika harga saham rendah mungkin muncul tetapi ia turut maklum sentimen pasaran secara keseluruhan tetap berhati-hati kerana para pelabur menantikan keputusan Majlis Keselamatan Negara mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan secara menyeluruh pada mesyuaratnya hari ini.

Sementara mengenai komoditi pula, ia berkata kedua-dua minyak sawit mentah dan minyak mentah mengalami penurunan selepas kenaikan baru-baru ini.

“Pelabur mungkin memilih saham yang sudah pasti mencatatkan pendapatan tinggi di tengah-tengah musim pelaporan kewangan syarikat seperti sektor berkaitan pembungkunsan dan barangan pengguna penting.

“Kegiatan membeli juga akan muncul untuk saham teknologi selepas kenaikan semalaman di Nasdaq,” kata firma penyelidikan itu dalam notanya hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM8.30, TNB meningkat satu sen kepada RM9.91, IHH Healthcare melonjak 11 sen kepada RM5.39, Top Glove menambah dua sen kepada RM5.39, Public Bank turun empat sen kepada RM4.16, Petronas Chemicals susut 16 sen kepada RM7.78 dan CIMB kerugian lima sen kepada RM4.20.

Bagi kaunter cergas pula, Tanco naik setengah sen kepada 15 sen, Sedania Innovator melonjak 16.5 sen kepada 77 sen, LKL International dua sen lebih tinggi pada 41.5 sen, Focus Dynamics dan Talam Transform tidak berubah, masing-masing pada enam sen dan 2.5 sen sementara Eka Noodles turun 4.5 sen kepada satu sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 37.34 mata kepada 11,378.13, dan Indeks FBMT 100 turun 30.40 mata kepada 11,092.56.

Indeks FBM Emas Syariah turun 35.87 mata kepada 12,670.74, FBM ACE meningkat 11.15 mata kepada 7,613.27 manakala FBM 70 jatuh 35.09 mata kepada 14,560.14.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 12.0 mata kepada 6,906.31, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 2.40 mata kepada 185.43 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan lemah 12.70 mata kepada 14,862.96.

– BERNAMA

Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In