Siapa yang tidak minat dengan minuman Pepsi dan Coke? Hampir semua orang di dunia pasti pernah merasai kenikmatan minuman ini dan rasanya lebih enak lebih-lebih lagi diminum bersama makanan segera.
Majoriti pernah merasai Pepsi dan Coke, tetapi tidak ramai yang memiliki saham-saham syarikat ini. Malah mungkin ramai juga yang tidak mengetahui bahawa syarikat-syarikat ini tersenarai di pasaran saham Wall Street.
Pepsi atau Coca Cola, mana menjadi pilihan anda?
Sumber: greenbook
Pepsi-Co Inc. dan The Coca-Cola Corporation merupakan dua syarikat besar yang memonopoli industri minuman ringan berkarbonat.
Sebelum anda melabur dalam saham Pepsi dan Coke, kami ingin kongsikan bersama anda beberapa perbandingan yang dibuat terhadap kedua-dua saham ini.
1. Teras Perniagaan PepsiCo dan Coca-Cola
Perbezaan utama PepsiCo dan Coca-Cola adalah sumber pendapatan syarikat masing-masing. Perniagaan Coca-Cola sepenuhnya berkisar mengenai minuman seperti minuman berkarbonat, kopi, jus dan sebagainya. Maka, perolehan syarikat adalah daripada penjualan produk minuman seperti di atas.
PepsiCo pula mempunyai lebih kepelbagaian dalam perniagaannya. Separuh daripada perolehan syarikat datangnya daripada snek dan produk makanan. Oleh itu, perolehan PepsiCo adalah lebih besar daripada Coca-Cola kerana syarikat tersebut mempunyai lebih banyak produk.
Baca : Coca-Cola Or PepsiCo?
2. Tentang Coca-Cola dan PepsiCo
Jenama Coca-Cola Co (NYSE: KO) termasuk minuman ringan lain seperti Coca-Cola, Diet Coke, Sprite dan Fanta. Selain itu, Coca-Cola turut mempunyai portfolio dalam minuman ringan tidak bergas seperti Powerade, Vitaminwater, Minute Maid, Costa Coffee, Fuse dan Gold Peak.
Coca-Cola turut mempunyai pemilikan dalam minuman tenaga iaitu Monster Beverage (MNST) dan Coca-Cola membantu untuk mengedarkan minuman tersebut.
Sumber: Food Business News
Jenama minuman di bawah PepsiCo pula adalah seperti Pepsi, Diet Pepsi, Mountain Dew, Mug Root Beer, Gatorade, Pure Leaf dan Tropicana. Di bawah segmen produk makanan pula, Pepsi memiliki jenama seperti Lay’s, Doritos, Quaker Oats, Sabra, Cheetos, Fritos, Tostitos, Cap’N Crunch dan Aunt Jemima.
3. Pasaran Saham
Sumber: investing.com
Untuk pengetahuan anda, saham Pepsi didagangkan dengan nama PEP dan disenaraikan di pasaran Nasdaq manakala saham Coca Cola pula didagangkan dengan nama KO dan disenaraikan di pasaran New York Stock Exchange (NYSE).
Perbezaan Nasdaq dan NYSE adalah :
Nasdaq – Nasdaq adalah pasaran membeli dan menjual saham global secara elektronik. Nasdaq merupakan pasaran saham elektronik pertama di dunia. Penjual dan pembeli tidak berurusan secara terus tetapi melalui peniaga atau “dealer”.
NYSE – NYSE pula adalah pasaran lelong (auction market) yang mana di NYSE, para pelabur membeli dan menjual saham di antara sesama sendiri.
4. Modal Pasaran
Modal pasaran Coca-Cola adalah USD235.03 bilion manakala modal pasaran PepsiCo adalah USD202.71 bilion.
Harga saham Coca-Cola setakat 10 Mei 2021 adalah USD54.91 manakala harga saham PepsiCo adalah USD146.72.
Modal pasaran Coca-Cola adalah lebih besar kerana bilangan saham yang diapungkan syarikat tersebut lebih besar.
5. Pendapatan Dan Keuntungan Bersih Syarikat
Sumber: investing.com
Sumber: investing.com
Gambar rajah di atas menunjukkan perolehan dan pendapatan PepsiCo dan Coca-Cola. Perolehan PepsiCo adalah hampir dua kali ganda lebih besar daripada Coca-Cola disebabkan kepelbagaian produknya. Keuntungan bersih PepsiCo turut lebih besar setiap tahun.
Perolehan Coca-Cola tidak banyak berubah sejak tahun 2017 sehingga 2020, tetapi berbeza bagi PepsiCo kerana perolehan dan keuntungan bersih PepsiCo terus membuat kenaikan setiap tahun sejak 2017.
Walaubagaimanapun, margin keuntungan bersih Coca-Cola adalah lebih tinggi dengan 21.62% manakala margin keuntungan bersih PepsiCo adalah 10.58%.
6. Pemberian Dividen
Sumber: investing.com
Sumber: investing.com
Kedua-dua syarikat gergasi dalam industri minuman ini tiada masalah berkongsi keuntungan syarikat secara konsisten bersama pemegang saham. Coca-Cola dilihat sering memberikan dividen yang lebih tinggi kepada para pemegang sahamnya. Perkara ini dapat dilihat melalui nilai kadar hasil dividen (dividend yield) saham tersebut.
Maka tidak hairanlah Warren Buffet amat meminati saham Coca-Cola kerana saham tersebut memberikan dividen secara konsisten kepada beliau.
Baca di sini untuk ketahui lebih lanjut kenapa Warren Buffet melabur secara besar-besaran ke dalam saham Coca-Cola pada tahun 80-an.
7. Prestasi Saham
Sumber: Trading View
Prestasi saham Pepsi sepanjang 5 tahun yang lalu adalah lebih baik berbanding saham Coca Cola. Walaubagaimanapun, prestasi saham Coca-Cola adalah lebih baik untuk jangka masa setahun yang lepas.
8. Aset Syarikat
Aset syarikat PepsiCo. Sumber: investing.com
Aset syarikat Coca-Cola. Sumber: investing.com
Jumlah aset Coca-Cola lebih tinggi daripada PepsiCo dari tahun 2017 sehingga 2019, namun aset PepsiCo meningkat dengan mendadak pada tahun 2020.
9. Ringkasan Kewangan Syarikat
Bagi 3 bulan pertama 2021 yang berakhir 2 April 2021, perolehan Coca-Cola telah meningkat sebanyak 5% kepada USD9.02 bilion. Pendapatan bersih syarikat menurun sebanyak 19% kepada USD2.25 bilion. Segmen Asia Pasific meningkat sebanyak 24% kepada USD1.4 bilion, segmen Amerika Utara meningkat sebanyak 3% kepada USD2.94 bilion, segmen Amerika meningkat sebanyak 3% kepada USD2.89 bilion.
Bagi PepsiCo pula, perolehan PepsiCo telah meningkat sebanyak 7% kepada USD14.82 bilion. Pendapatan bersih meningkat sebanyak 28% kepada USD1.71 bilion. Daripada jumlah perolehan tersebut, segmen rantau Asia Pasific, Australia, New Zealand dan China meningkat sebanyak 71% kepada USD951.5 juta. Walaubagaimanapun, segmen korporat merekodkan penurunan sebanyak 63% atau USD139 juta.
10. Status Syariah
Sumber: Islamicly
Menurut screener Islamicly, kedua-dua saham Coca-Cola (KO) dan PepsiCo (PEP) adalah patuh syariah. Oleh itu, para pelabur terutama yang beragama Islam tidak perlu ragu-ragu terhadap status syariah kedua-dua saham ini.
Setelah anda telah membaca beberapa perbandingan yang dibuat terhadap saham Coca Cola dan Pepsi, adakah anda berminat untuk melabur dalam saham-saham seperti ini?
Sebenarnya banyak lagi produk-produk yang kita guna dalam kehidupan seharian kita tetapi tanpa kita sedari sebenarnya saham produk syarikat tersebut ada disenaraikan di pasaran saham tidak kiralah di Bursa Malaysia ataupun Wall Street.
Mulakan Pelaburan Saham di Wall Street
Nak cuba buat duit USD pula dalam pasaran saham? Wall Street adalah jawapannya.
Ada yang masih kata saham-saham dekat Wall Street MAHAL?
Dengan USD 250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:
- KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
- ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
- EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
- LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
- MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%
Di Wall Street, tiada HAD (limit) keuntungan mahupun kerugian ye. Dan jangan risau, banyak saham patuh syariah yang tersenarai.
Contohnya harga saham syarikat teknologi yang melombong Bitcoin seperti Bit Digital (BTBT) naik melambung sehingga 5,382% pada awal 2021.
Cuma kena lah ingat High Risk, High Return. Jangan sampai No Return pula.
Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 10 Perkara Mengenai Saham Coca-Cola dan Pepsi Yang Anda Kena Tahu
- Sifu Kami Untung Lebih 30% Dalam Masa Seminggu Di Wall Street
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street