• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal hari ini berikutan sentimen lemah disebabkan kes baharu COVID-19 yang meningkat pada Rabu. 

Pada 9.07 pagi, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.66 mata kepada 1,578.86 daripada 1,580.52 semasa ditutup pada Rabu. 

Indeks dibuka rendah 2.67 mata kepada 1,577.85.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 262 berbanding 166, manakala 252 kaunter tidak berubah, 1,525 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 380.36 juta bernilai RM228.29 juta.

Rakuten Trade Sdn Bhd berkata FBM KLCI menyaksikan lebih banyak penurunan berikutan kes COVID-19 tertinggi baharu dan ramai bimbang mengenai sekatan pergerakan yang lebih ketat.

“Bagaimanapun, kami menjangka indeks utama diniagakan antara 1,575-1,585,” katanya dalam nota penyelidikan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing menambah dua sen kepada RM8.30 dan RM4.21, Press Metal naik satu sen kepada RM5.21, manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.28, Petronas Chemicals merosot tiga sen kepada RM7.95 dan TNB susut dua sen kepada RM9.95. 

Daripada saham aktif, UCrest meningkat 4.5 sen kepada 37.5 sen, Tanco dan Focus Dynamics, masing-masing naik setengah sen kepada 15 sen dan 6.5 sen, Key Asic menambah satu sen kepada 15.5 sen manakala LKL International merosot satu sen kepada 39.5 sen dan QES Group susut setengah sen kepada 62.5 sen.  

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 11.49 mata kepada 11,482.41 dan Indeks FBMT 100 berkurangan 9.59 mata kepada 11,174.22.  

Indeks FBM Emas Shariah susut 24.7 mata kepada 12,799.35, FBM ACE naik 23.77 mata kepada 7,744.91 dan FBM 70 merosot 4.31 mata kepada 14,765.03.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 21.59 mata kepada 6,930.37, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.42 mata kepada 191.52 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 23.63 mata kepada 14,896.58.    

— BERNAMA

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In