• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

TRC Synergy Giat Bida Projek Infrastruktur Bernilai Lebih RM2 Bilion

in Catalyst
A A
TRC Synergy Giat Bida Projek Infrastruktur Bernilai Lebih RM2 Bilion

Sumber: Berita Harian

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) — TRC Synergy Bhd kini giat membida projek-projek infrastruktur dan pembinaan bangunan di seluruh Malaysia bernilai lebih RM2 bilion.

Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Sufri Mohd Zin berkata perolehan nilai kontrak pembinaan syarikat pada masa ini iaitu sebanyak RM1.5 bilion boleh bertahan sehingga 2023.

“Perolehan nilai kontrak pembinaan terkumpul termasuk antaranya projek Lebuhraya Pan Borneo, Transit Aliran Massa 2 dan Transit Aliran Ringan 3, projek penggunaan bercampur bertingkat tinggi dan kediaman di Putrajaya serta pembinaan Mara Junior Science College di Ranau, Sabah.

“Nilai kontrak projek yang sedang berjalan berjumlah RM3.0 bilion,” katanya dalam satu kenyataan.

Sufri turut menekankan TRC berhasrat mengisi semula rangkaian projeknya dengan menyasarkan lebih banyak peluang di seluruh semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Dengan pengalaman lebih daripada tiga dekad berserta projek bernilai melebihi RM9 bilion berjaya disiapkan setakat ini, TRC adalah antara kontraktor terkemuka di dalam negara ini,” katanya sambil menambah TRC berada pada posisi yang baik untuk merebut peluang baharu tatkala ekonomi negara kini telah beransur-ansur pulih dan aktiviti pembinaan kian meningkat.

Selain prospek positif dalam segmen pembinaan, TRC turut menjangka mencatatkan sumbangan kukuh daripada segmen pembangunan hartanahnya pada tahun mendatang.

Beliau berkata bahagian hartanah kumpulan kini mengendalikan projek dengan nilai pembangunan kasar kira-kira RM500 juta setakat 31 Mac, 2021.

— BERNAMA

Share235ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In